Khamis, 8 November 2012

Obama Menang: Orang Kenya Tumpang Gembira

Penduduk kampung Kogelo, Kenya, kampung halaman nenek Obama meraikan kemenangannya.

KOGELO: Penduduk Kogelo melompat-lompat dan melambai-lambai sambil menyanyi lagu tradisional Swahili. Mereka menari ke rumah ayah Obama untuk meraikan kemenangan bersama nenek beliau "Mama Sarah" yang berusia 90 tahun. 
Dalam sidang akhbar secara spontan, Sarah Obama berkata, "sebab pertama mengapa Obama memenangi pilihan raya adalah kerana dia diberkati Allah. Yang kedua, kerana dia bekerja keras untuk kaumnya". 
"Pilihan raya ini lebih bermakna bukan kerana keghairan tetapi keputusan rakyat Amerika yang telah melihat kerjanya," ujar Sarah Obama melalui juru bahasa. ABC News

_______________________________________________________________________

Demikianlah kebanggaan seorang nenek tua terhadap cucunya, yang sekali lagi berjaya memenangi pilihan raya Presiden Amerika Syarikat. Bukan setakat nenek, bahkan penduduk kampung ayahnya juga tumpang sama gembira!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.