Khamis, 1 November 2012

Malang Tidak Berbau

Mangsa tidak sedarkan diri ketika diselamatkan rakan-rakan setugas.

KUCHING - Malang menimpa seorang pekerja kilang papan apabila tangan kirinya hancur selepas tersepit mesin pemotong kayu di Sejingkat di sini semalam. 
Kejadian pukul 10 pagi itu berlaku apabila pergelangan tangan pemuda yang belum dikenal pasti identitinya itu tersangkut pada mesin berkenaan ketika sedang mengendalikan alat tersebut bersendirian. 
Sumber memberitahu, kejadian itu hanya disedari pekerja lain selepas mendengar jeritan mangsa. 
"Salah seorang pekerja kilang kemudian bertindak menutup suis mesin pemotong itu. 
"mangsa kemudian dihantar ke Hospital Umum Sarawak selepas tangannya dapat dikeluarkan beberapa minit kemudian," katanya ketika dihubungi semalam. 
Difahmamkan, mangsa tinggal di asrama kilang tersebut kini berada dalam keadaan stabil walaupun kecederaan yang dialaminya agak serius. 
Harian Metro Online, 31.10.2012
_______________________________________________________________________

Kemalangan sudah terjadi dan tidak guna disesali lagi. Namun, kita tidak begitu jelas bagaimana kemalangan boleh berlaku. Hanya kita perlu berhati-hati setiap kali mengendalikan mesin. Mesin jika digunakan dengan berhati-hati boleh membantu. Namun jika kita cuai mengendalikannya, risikolah padahnya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.