Jumaat, 2 November 2012

Penemuan Baru Di Planet Marikh


Florida: Kenderaan bermotor Agensi Angkasa Lepas Ameriksa Syarikat (NASA) di Marikh menemui tanah dengan kandungan bahan yang sama seperti di Hawaii, kata Saintis. 
Saintis kanan NASA, David Blade berkata Curiosity digunakan untuk menganalisis kandungan tanah.  
Saintis berkata Curiosity menggunakan pengimej sinar-x untuk mendedahkan struktur atom kristal di dalam tanah. "Teknologi ini adalah yang pertama diperkenalkan dan dikenali sebagai X-ray diffraction," katanya. 
Reuters - Berita Harian 1.11.2012
_______________________________________________________________________

Nampaknya, laporan terbaru tentang penemuan di Planet Marikh masih juga belum mampu membuatkan kita rasa teruja. Setakat penemuan tanah yang sama dengan tanah di Hawaii tidaklah begitu menghairankan.
Lainlah kalau penemuan itu tentang tasik atau sungai yang airnya serupa dengan air di muka bumi kita ini. Atau penemuan serangga atau binatang tertentu. Lebih menarik lagi jika terpampang di skrin monitor saintis NASA itu, muka alien sedang membelek-belek muncung kamera Curiosity. Wow syoknya...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.