Rabu, 21 November 2012

Polis Melaka Rampas Wang Palsu RM10 Ribu


HOCK SING menunjukkan wang kertas palsu RM100 (kanan) dan wang kertas asli (kiri) pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Melaka semalam. Foto: Kosmo!

MELAKA - Polis Melaka menahan lapan individu termasuk empat warga asing yang dipercayai terlibat dalam penipuan wang palsu bernilai hampir RM10,000 di sekitar negeri itu antara Januari hingga awal November lalu. 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Melaka, Superintendan Soh Hock Sing berkata, kesemua mereka yang berusia antara 22 hingga 26 tahun itu ditahan selepas dikesan oleh pihak bank dan pekerja pasar raya. 
"Kita berjaya merampas wang palsu bernilai RM9,970 dengan RM4,960 berjaya dikesan melalui bank manakala RM4,810 dikesan oleh pihak pasar raya," kata beliau kepada pemberita pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di sini. 
Menurut beliau, kesemua wang palsu yang dirampas itu melibatkan 91 keping wang kertas RM100, 17 keping wang kertas RM50 dan dua keping wang kertas RM10. 
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dengan cubaan pihak tidak bertanggungjawab dalam mengedarkan wang palsu tersebut terutama melibatkan wang kertas bernilai RM100 dan RM50.
_______________________________________________________________________

Nampaknya berita ini
boleh menyebabkan
sekumpulan orang rasa kurang 'bahagia'!
Bayangkan
mata wang baru pun tak selamat
boleh kena tiru!
Sebagai orang yang pernah terkena
saya tak nak terkena lagi!
 
Kali pertama saya terkena
pada tahun 1980-an
kali kedua
pada tahun 1990-an
 
Kali pertama wang palsu RM10
tak ada benang keselamatan
Kali kedua wang palsu RM50
tak ada bayang gambar Agong!
 
Saya terkena
semasa menerima duit baki di kedai dan di pasar
bukan di pasar raya.
 
Maka berhati-hatilah
semasa membeli belah
kat pasar am
kat gerai
atau kat kedai!
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.