Rabu, 21 November 2012

Dua Rakyat Israel Mati Terkena Roket Hamas

Penduduk Israel terbunuh akibat terkena roket Hamas. Foto: Times of Israel

TEL AVIV - Pihak angkatan tentera Israel mengatakan, dua penduduk negara itu terbunuh akibat serangan roket yang dilancarkan dari Gaza. Setakat ini, jumlah penduduk Israel yang terbunuh akibat serangan Hamas hanya lima orang. 
Mereka yang terbunuh itu adalah tentera Israel dan seorang penduduk awam yang berada di tempat kejadian. Manakala 12 tentera Israel cedera akibat serangan roket yang mengenai Beer Sheva pada Selasa. 
Sebelum ini, tiga penduduk Israel dilaporkan terbunuh pada Khamis (15/11/2012), setelah bangunan tempat tinggal mereka terkena roket Hamas. 
Kerosakan akibat roket Hamas. Foto: AP
Selain Beer Sheva, serangan roket juga mengenai Kota Rishon Leizon, 20 kilometer dari ibu negara Israel, Tel Aviv. Serangan di Rishon Leizon menyebabkan empat penduduk Israel cedera, menurut berita Xinhua, Rabu (21/11/2012). 
Walaupun Hamas dan Israel mengatakan pada ketika ini mereka berada dalam proses rundingan, namun kedua-dua pihak terus berbalas serangan. Kelmarin Hamas telah melancarkan kira-kira 100 roket ke kawasan Israel. 
Sementara itu, Israel sudah melancarkan serangan ke atas 1,350 sasaran di Gaza dan telah menyebabkan lebih 100 penduduk Palestin terbunuh. Pihak Israel mendakwa serangan mereka dilakukan dengan cermat dan penduduk yang terbunuh adalah anggota militan Hamas.
_______________________________________________________________________

Itulah...
siapa kata Israel selamat
di bawah lindungan Iron Dome?
 
Lihat!
ada juga roket Hamas yang berjaya
menembusi pertahanan Israel!  
 
Mungkin sebab itu
ada penduduk Israel yang stress
sebab sebelum ini
mereka tak pernah merasa dihujani roket!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.