Sabtu, 17 November 2012

Polis Tangkap Polis Yang Disyaki Mencuri

Foto hiasan.


SHAH ALAM — Seorang polis bantuan yang bertugas di Agensi Anti Dadah Kebangsaan Dengkil ditahan kerana disyaki mencuri telefon bimbit di beberapa kedai di sekitar Dengkil, Kajang dan Negeri Sembilan. 
Kes dilaporkan berlaku dari 5 Oktober hingga 3 November lalu. 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd Adnan Abdullah berkata suspek yang berusia 25 tahun itu ditahan di Kampung Lengkong, Karak, Pahang dua hari lepas. 
"Suspek dipercayai terlibat dalam tujuh kes mencuri telefon bimbit dengan berpura-pura hendak membeli telefon bimbit dan melarikan telefon yang diberikan oleh penjual kepadanya untuk diperiksa,” katanya pada sidang media di sini. 
Mohd Adnan berkata polis turut merampas empat telefon pintar dari suspek iaitu sebuah Galaxy SIII, sebuah Galaxy Note II dan dua buah Galaxy Note yang mempunyai nilai pasaran RM5,000. 
— BERNAMA
_______________________________________________________________________

Ini yang dinamakan "harapkan pagar, pagar makan padi!" 
Tapi polis ni belum diputuskan bersalah oleh mahkamah... 
Tunggulah keputusan perbicaraan!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.