Ahad, 25 November 2012

Presiden Yang Ketagih Rokok




Presiden yang ceria
MANILA: Presiden Filipina, Benigno Aquino tidak akan berhenti merokok walaupun badan perubatan terkenal negara ini merayu supaya dia menghentikan tabiat buruk itu dan menjadi contoh kepada rakyat, kata jurucakapnya, semalam. 
Jurucakapnya, Edwin Lacierda berkata, Pertubuhan Perubatan Filipina meminta Benigno untuk menghentikan tabiat buruknya selepas mendapati dia sering batuk.  
Ketawa riang
Lacierda berkata, Benigno batuk ketika lawatan rasmi ke Australia dan New Zealand bulan lalu tetapi menafikan ia berkaitan dengan tabiat merokok.  
Katanya, batuk Benigno itu disebabkan dia alah kepada debunga.  
“Buat masa ini, hanya itu caranya untuk dia mengurangkan tekanan. Jadi, biarlah presiden buat apa yang dia boleh untuk mengurangkan tekanan. Dia tahu apa yang penting,” katanya. 
Ada masalah kesihatan?
Benigno, 52, membatalkan pertemuan dengan ketua Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) Christine Largarde, akibat masalah kesihatan pada 16 November lalu.  
Dia kemudian terbang untuk menghadiri sidang Asean di Kemboja sehari selepas itu dan dijangkiti selsema. - AFP
____________________________________________________________________ 

Presiden ini selalu batuk-batuk? 
Kalau dilihat pada gambar-gambar dia
Presiden ini kelihatan ceria dan sihat
tak lah kurus kering
macam seorang pakcik kat kampung saya
yang kuat merokok
dan selalu batuk-batuk !
 
Tahun 1982 pakcik tu demam
kami ingatkan demam biasa
dan dia makan panadol
tapi demam dia makin bertambah berat !
 
Lalu dibawa ke hospital daerah
tapi diognosis doktor menunjukkan dia kena kanser paru-paru !
masa tu kita orang tak tau lagi sakit kanser ni apa !
lepas tu dia kena operat kat Hospital KL
sebelah paru-paru dia kena buang !
 
Namun beberapa bulan lepas operation
kanser merebak ke paru-paru yang sebelah lagi
akhirnya pakcik tu meninggal dunia !
 
Trauma dengan kejadian itu
sampai sekarang saya takut nak merokok !



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.