Khamis, 22 November 2012

Risiko Penerbangan Malam



LONDON: Satu kajian baru dijalankan di Austria, Sweden, Jerman dan Denmark mendapati seorang bagi setiap tiga juruterbang tertidur ketika sedang mengawal pesawat yang membawa beratus-ratus penumpang. 
Penyelidikan itu mendapati empat daripada lima juruterbang berdepan masalah keletihan ketika berada dalam kokpit. 
Persatuan Kokpit Eropah (ECA), yang mewakili juruterbang, menerbitkan penemuan menakutkan selepas tinjuan dilakukan kesatuan nasional mendapati sebahagian besar juruterbang tertidur, malah tidak terjaga ketika mengawal pesawat. 
Antara 43 dan 54 peratus juruterbang di United Kingdom, Norway dan Sweden berkata mereka tertidur "tanpa menyedarinya" dan satu pertiga daripada juruterbang mendapati rakan turut tertidur ketika mereka terjaga. 
Lebih tiga daripada lima juruterbang di Sweden, Norway dan Denmark melaporkan membuat kesilapan akibat keletihan, sementara di Jerman, angka itu adalah empat daripada lima orang. 
Agensi
_______________________________________________________________________

Ini kes berat ni!
"... juruterbang mendapati rakan turut tertidur ketika mereka terjaga"?
Inilah risiko
jika menggunakan penerbangan malam!
Mujurlah sekarang
sistem pesawat
banyak dibantu oleh komputer
jika tidak
penerbangan malam memang bahaya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.