Khamis, 22 November 2012

Mahmud Abbas Diancam Kehilangan Kuasa

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas. Foto: Reuters

RAMALLAH - Mahmoud Abbas diancam kehilangan pengaruh sebagai pemimpin Palestin, berdasarkan sikap penduduk Tebing Barat yang pada ketika ini yang lebih mendukung tindakan keras Hamas berbanding dasar diplomasi Abbas. 
Sejak serangan Israel terhadap Semenanjung Gaza, ramai penduduk Tebing Barat melakukan demontrasi bagi menunjukkan perpaduan mereka dengan penduduk Palestin di Gaza. 
"Kami meraikan setiap roket yang dilancarkan dari Gaza, apa lagi jika roket itu menuju ke Tel Aviv," ujar seorang penduduk Tebing Barat dalam satu demonstrasi di Ramallah, sebagaimana disiarkan oleh Gulf News, Rabu (21/11/2012). 
Para penunjuk perasaan itu juga menolak cara perundingan yang selama ini menjadi pilihan Mahmoud Abbas. "Cara perundingan harus dihentikan," ujar mereka. 
Ramai pemerhati bimbang penduduk Palestin akan menjadi lebih radikal jika pertempuran di Gaza berterusan. "Jika perang ini berterusan, saya rasa peserta demonstrasi akan terus bertambah. Pertempuran ini boleh menjadikan penduduk Palestin menjadi lebih radikal," jelas pemerhati politik Palestin, Gassan Khateeb. 
Pada ketika ini, Mahmoud Abbas sedang berusaha  mendapatkan status anggota pemerhati di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Palestin. Namun tindakan tersebut ditentang keras oleh Israel dan Amerika Syarikat (AS). 
Bagaimanapun, dengan jatuhnya pengaruh Abbas dan semakin bertambahnya sokongan terhadap Hamas, ramai pihak meminta AS mengizinkan Palestin menjadi anggota pemerhati PBB.
"Abbas memilih untuk berjuang melalui saloran diplomatik berbanding kekerasan. Jika Abbas menunjukkan hasil melalui diplomasi, hal ini dapat mengimbangi kejayaan perjuangan Hamas. Saya fikir, kita harus biarkan Abbas berjaya di PBB," ujar seorang diplomat Israel yang tidak disebut namanya.
_______________________________________________________________________

Nampak jelas
pihak Israel dan Amerika masih tidak ikhlas
terhadap penduduk Palestin
mereka masih mengamalkan
dasar 'pecah-pecah perintah'
dan 'melambat-lambatkan permainan'
itulah hakikatnya
baca dengan teliti kenyataan diplomat Israel itu! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.