Siapa Presiden AS Tahun 2016?
Washington DC: Barack Obama berjaya mempertahankan jawatannya sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) buat penggal kedua, sekali gus mencatatkan sejarah menewaskan Mitt Romney, pencabarnya daripada Republikan.
Obama menjadi calon Demokrat kedua selepas Bill Clinton yang berjaya mempertahankan jawatan presiden sejak era Perang Dunia Kedua.
Pilihan raya kali ini dilihat sebagai yang paling sengit dalam sejarah AS walaupun Obama menang dengan selesa empat tahun lalu dan muncul sebagai calon kulit hitam pertama yang memenangi jawatan presiden pada 2008.
Obama memperolehi 303 undi perwakilan iaitu melebihi 270 undi yang diperlukan untuk memenangi pilihan raya presiden.
Romney pula memperolehi 206 undi perwakilan. Satu-satunya negeri atas pagar yang dimenangi Romney ialah North Carolina, menyebabkan harapan calon Republikan itu untuk menjadi presiden berkecai.
Obama memasuki penggal kedua selama empat tahun lagi dengan tugas yang sukar iaitu menangani defisit tahunan bernilai AS$1 trilion; mengurangkan hutang negara sebanyak AS$16 trilion dan merombak program sosial yang mahal.
Beliau bagaimanapun, dilihat sebagai calon lebih baik bagi golongan berpendapatan rendah dan pertengahan memandangkan Romney disifatkan sebagai calon yang lebih condong memperjuangkan nasib golongan kaya.
_______________________________________________________________________
Siapa Presiden AS selepas pilihan raya 2012 sudah pun diketahui. Semoga keadaan dunia akan kekal aman tanpa sebarang konflik ketenteraan yang besar-besaran.
Namun, siapakah Presiden AS selepas Obama pada tahun 2016? Walaupun pilihan raya presiden akan datang empat tahun lagi, tidak salah kita merenungkannya sekarang.
Sebab, sejarah mencatatkan, setiap kali tokoh Demokrat seperti Kennedy, Carter, Clinton dan Obama menjadi presiden, AS kurang agresif di pentas dunia.
Tetapi apabila tokoh Republikan seperti Nixon, Reagan, Bush Senior dan Bush Junior menjadi presiden, dunia bergolak dan berkonflik. Selain itu, presiden dari Republikan juga selalunya gemar campur tangan dalam hal-ehwal negara lain di seluruh dunia.
Nixon misalnya, membawa AS terlibat dalam Perang Vietnam. Reagan pula secara diam-diam membantu Sadam Hussein dalam Perang Iran-Iraq, selain mengusahakan kejatuhan Soviet Union. Bush anak beranak pula menghantar tentera AS berperang di Iraq dan Afghanistan.
Perkara yang sama juga akan berlaku jika Romney yang menang pilihan raya presiden baru-baru ini. Sebab, Republikan ialah parti politik untuk orang-orang kaya di AS.
Kalau orang kaya zaman Empayar Rom dahulu duduk di studium menyaksikan pertarungan berdarah para gladiator sebagai hiburan mereka, mungkin orang kaya AS gemar menyaksikan pertempuran dan pertumpahan darah di seluruh dunia!
Soalnya, siapakah tokoh Demokrat yang mampu memenangi pilihan raya Presiden AS yang akan datang?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.