Isnin, 17 Disember 2012

3 Kemalangan Di Tiga Negeri Semalam

Mayat Mohd. Zudilman dibawa masuk ke dalam bilik mayat di Hospital Pasir Mas untuk dibedah siasat. Foto: Kosmo!


PASIR MAS - Tindakan Mohd. Zudilman Che Ismail, 34, menggunakan landasan sebagai jalan pintas untuk ke rumahnya sambil memegang telefon bimbit menyebabkan dia dilanggar kereta api di Kampung Chenok, Slow Machang petang semalam. 
Lebih mengharukan, penduduk di kampung sempat menjerit ke arah mangsa, malah kereta api tersebut juga sudah membunyikan siren. 
Namun pekerja sambilan Telekom Malaysia itu tidak mengendahkannya menyebabkan kereta api itu merempuh mangsa sehingga dia terpelanting 50 meter. - Kosmo!

Sebuah jentolak sedang menarik keluar kereta Proton Iswara milik Mangsa. Foto: Kosmo!
JITRA - Seorang lelaki, Mohd. Zulrani Mohd. Nasir, 23, dari Kampung Baru Tok Pauh, Changlun maut setelah kereta yang dipandunya terhumban ke dalam sungai di Kampung Telaga Batu, Jalan Sungai Korok di sini semalam.  
Kejadian berlaku pukul 12.10 tengah hari, ketika mangsa memandu Proton Iswara dari Simpang Balai Pos, Ayer Hitam menuju ke bandar ini. 
Mangsa yang bekerja sendiri dipercayai memandu laju, gagal mengawal kenderaan di laluan yang tidak rata menyebabkannya terbabas lalu terhumban ke dalam sungai. - Kosmo!

Keadaan kereta Proton Wira yang dipandu oleh Mohd. Ali. Foto: Kosmo!

KOTA TINGGI - Tiga maut dalam kemalangan membabitkan lima buah kenderaan di Kilometer 44, Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi di sini kelmarin. 
Mereka ialah Mohd. Ali Kenid, 51, dari Kampung Felcra Sungai Layau; Abdul Samah Darmawi, 56, dari Felda Kledang dan Siti Noraizah Abdul Wahab, 21, dari Felda Sungai Mas. 
Mohd. Ali meninggal dunia di tempat kejadian, Abdul Samah ketika dalam perjalanan ke Hospital Kota Tinggi (HKT) manakala Siti Noraizah pula lima jam selepas menerima rawatan di HKT. 
Kemalangan berlaku kira-kira pukul 5 petang apabila lori treler yang dalam perjalanan ke Kota Tinggi telah bergesel dengan sebuah kereta jenis Proton Saga yang dipandu oleh Siti Noraizah yang datang dari arah bertentangan menyebabkan lori treler berkenaan hilang kawalan lalu masuk ke arah bertentangan sebelum bertembung dengan kereta Proton Wira yang dipandu oleh Mohd. Ali. - Kosmo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.