Isnin, 17 Disember 2012

Persediaan 'Pemuja Kiamat' 21 Disember 2012

BERRYVILLE, Amerika Syarikat - Sebuah keluarga di Kampung Shenandoah melakukan persiapan untuk menghadapi hari kiamat berdasarkan kalendar kaum Maya pada 21 Disember ini. Ketua keluarga itu, Jay Blevins menyimpan bekalan makanan, minuman, ubat-ubatan, senjata api dan senjata tajam di ruang bawah tanah rumah mereka. Dia yang berusia 35 tahun kini bertugas sebagai seorang perunding perniagaan selepas menjadi penolong syerif dan pegawai Unit Khas dan Senjata Api (SWAT) di negara ini. Foto: Kosmo!

Menurut beberapa pakar yang mengkaji tamadun Maya, kalendar untuk kaum itu berakhir pada 21 Disember ini sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa bumi akan kiamat pada hari tersebut. Bagaimanapun, beberapa ahli arkeologi menyatakan tidak ada bukti bahawa kaum Maya pernah meramalkan bumi akan kiamat pada hari berkenaan. Kaum tersebut juga dipercayai mungkin tidak menggunakan kalendar berkenaan semasa kemuncak tamadun mereka antara 300 dan 600 Sebelum Masihi. Foto: Kosmo!

Percaya sungguh puak-puak nih dengan ramalan hari kiamat tu!
Sampai begitu sekali persiapan mereka
 
Lucunya...
saki baki keturunan Maya yang masih ada kat Amerika Selatan tu
tak ambil pot tentang ramalan kiamat nih!
Tapi yang jauh
Yang tak ada kaitan dengan suku sakat Maya pula yang sibuk
Mungkin kalendar Maya tu berakhir setakat 21 Disember 2012
sebab puak tu dulu dah letih nak kira dan nak pahat batu
atau puak tu ada kerja lain nak buat dulu
sudahnya kalendar tu tak siap...
Wallahualam... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.