Isnin, 10 Disember 2012

Jika Hillary Calon Presiden, Republikan Akan Kalah

Newt Gingrich pernah menjadi saingan sengit Mitt Romney semasa pencalonan Parti Republikan untuk pilihan raya presiden AS 2012

Hillary akan menerima bayaran yang mahal selepas meninggalkan jawatan Setiausaha Negara AS tetapi belum jelas sama ada beliau bersedia menyertai pencalonan Parti Demokrat untuk pilihan raya presiden AS 2016.

Hillary di samping suaminya, mantan Presiden Bill Clinton.

WASHINGTON - Bekas Speaker Dewan Perwakilan Kongres Amerika Syarikat (AS) Newt Gingrich berpendapat, jika Hillary Clinton menjadi calon presiden pada pilihan raya presiden tahun 2016, calon Republikan akan kalah. 
"Apabila Hillary Clinton dicalonkan, dia akan disokong oleh Bill Clinton dan Presiden Barack Obama. Manakala Parti Republikan tidak akan berupaya mengalahkan penyokong-penyokong Clinton," ujar Gingrich. 
"Dia (Clinton) berkahwin dengan seorang yang sangat popular dalam Parti Demokrat. Suaminya mengatakan bahawa, dia sesuai untuk menjadi presiden. Saya rasa, hal itu akan membuatnya tidak menolak pencalonan presiden," tambahnya. 
Gingrich cukup memahami kekuatan Clinton kerana lelaki berambut putih itu menjadi pemimpin Kongres AS ketika Bill Clinton menjadi presiden. Menurut Gingrich, Parti Republikan tidak mempunyai persiapan yang baik untuk mengalahkan Clinton. 
"Ini bukan kerana Mitt Romney, ini adalah kerana Parti Republikan enggan mengikuti realiti kehidupan warga AS dan menolak untuk memikirkan apa yang diperlukan warga kelas menengah AS dan masa depan mereka," jelasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.