Isnin, 10 Disember 2012

Kontraktor Tersilap Roboh Bangunan

Bangunan Chateau de Bellevue yang bersejarah ini terletak 12km ke timur Bordeaux, Perancis telah dibeli oleh seorang jutawan Rusia, Dmitry Stroskin. Jutawan itu mengupah satu pasukan pembina Poland untuk mengubahsuai bangunan ini, termasuk merobohkan satu bangunan kecil berdekatan dengannya. 

Ketika kontraktor berkenaan menjalankan kerja-kerja mereka, Stroskin bekerja di Warsaw. Bagaimanapun syarikat pembinaan berkenaan tersilap faham. Apabila Stroskin kembali...

Pekerja yang sepatutnya merobohkan bangunan kecil berdekatan telah meratakan bangunan bersejarah itu.

Manakala bangunan yang sepatutnya dirobohkan masih ada.

Kini, jutawan Rusia itu berazam untuk membina replika bangunan lama berkenaan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.