Ahad, 2 Disember 2012

Kemalangan Maut Di KM 13 Jalan Mersing-Endau

Keadaan kereta dan lori tangki yang terbabit kemalangan yang mengorbankan lima nyawa di Jalan Mersing-Endau. Foto: myMetro

MERSING: “Saya memperlahankan kereta kerana tak nampak kereta dipandu menantu yang mengekori saya. Tak lama kemudian, saya menerima panggilan telefon daripada keluarga terdekat memberitahu kereta menantu terbabit kemalangan,” kata Maidin Mohamad, 66. 
Akibat nahas ngeri di Kilometer 13 Jalan Endau-Mersing di sini, jam 7.30 pagi semalam, Maidin kehilangan dua anak, seorang menantu dan dua cucu. 
Ketika kejadian, MPV Nissan Livina dinaiki enam sekeluarga itu dalam perjalanan dari Kota Tinggi ke Jengka, Pahang, untuk menghantar ahli keluarga mendaftar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Jengka. 
Empat yang maut di tempat kejadian ialah pemandu MPV berkenaan, Abdullah M Yusof, 43; isterinya, Samsiah Maidin, 37; anak kedua mereka, Maisarah, 4, dan kakak ipar Abdullah, Noraini, 41. 
Anak sulung mereka, Muhammad Aiman Syakirin, 8, pula maut ketika menerima rawatan kecemasan di Hospital Mersing, manakala anak bongsu, Ammar Haziq, 3, yang duduk di depan bersama ibu bapanya, kini dirawat di unit kecemasan akibat cedera di kepala dan badan.
Abdullah bersama Muhammad Aiman (kiri), ibunya (tengah), Samsiah dan Maisarah pada Hari Raya Aidil Fitri yang lalu. Foto Kosmo!


1 ulasan:

  1. Last news updated, mangsa terakhir anak bongsu arwah turut menghembuskan nafas terakhir di HSI, JB jam 10.00 malam. Sumber dari lokasi kampung mangsa jenazah kelima2 tiba di Felda Aor Tawar 3 jam 11.00 selepas disolatkan 11.20, arwah Samsiah n kakaknya Noraini disemadikan di Felda Air Tawar 3, sementara Abdullah dan 2 anaknya di Felda Air Tawar 5. Jenazah terakhir disemadikan pada pagi ini.

    BalasPadam

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.