Ahad, 2 Disember 2012

Korea Utara Dakwa Temui Kandang Unicorn

Unicorn. Foto Sky News

PYONGYANG - Pihak Korea Utara mendakwa mereka menemui kandang sejenis haiwan mitos seperti kuda yang mempunyai kekuatan luar biasa iaitu unicorn.

"Ahli arkeologi mengesahkan bahawa mereka menemui kandang unicorn di Pyongyang, dipercayai digunakan oleh seorang raja kuno Korea," ujar agensi berita Korea Utara KCNA.
Menurut laporan KCNA, para ahli arkeologi negara itu menemui kandang berkenaan ketika hendak memindahkan sebuah batu yang bertulis kandang unicorn. Batu tersebut terletak dalam Kuil Yongmyong, kira-kira 200 meter di bawah tanah.
"Penemuan ini berkait erat dengan maklumat yang diperolehi daripada buku sejarah pada abad ke-16 yang menyatakan, unicorn ditunggangi Raja Tongmyong," kata Pengarah Institut Sejarah Korea Utara Jo Hui Sung.
Sung menambah, kuil Yongmyong juga dijadikan makam Raja Tongmyong dan baginda dimakamkan bersama dengan unicorn milik baginda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.