Ahad, 9 Disember 2012

Penduduk Florida Tangkap Ular Sawa Burma

Suruhanjaya Hidupan Liar Florida telah mengumumkan Cabaran 2013 untuk mengurangkan ular sawa Burma di Everglades (Foto tahun 2009 dengan ular sepanjang 15 kaki yang ditangkap oleh penyelidik dari Universiti Florida)
Pegawai Suruhanjaya menunjukkan ular sawa kepada Setiausaha Dalam Negeri Ken Salazar semasa lawatannya pada Januari 17, 2012
Pegawai Suruhanjaya Pemuliharaan Ikan dan Hidupan Liar Florida Dave Weis memegang ular sawa Burma yang ditangkap di Everglades
Cabaran 2013 juga bertujuan untuk mendidik orang ramai tentang spesies terancam di taman negara yang hampir pupus dimakan ular sawa Burma
Suruhanjaya mengumumkan minggu ini tentang pertandingan memburu ular sawa Burma secara besar-besaran selama sebulan.


WASHINGTON - Penduduk setempat digesa menyertai satu pertandingan menangkap ular sawa Burma yang mengancam hidupan di kawasan paya Everglades, di negeri Florida. 
Orang ramai dialu-alukan menyertai usaha untuk menghapuskan spesies reptilia itu yang memakan burung, rusa, kucing hutan dan pelbagai haiwan lain yang menghuni kawasan Everglades. 
Dianjurkan Perkhidmatan Hidupan Liar Amerika Syarikat (AS), pertandingan selama sebulan bermula 12 Januari depan itu menawarkan hadiah wang tunai AS$1,500 (RM4,565) kepada pemenangnya. 
"Kesedaran orang ramai yang semakin meningkat tentang ancaman ular sawa Burma ke atas ekosistem Everglades menjadi matlamat pertandingan Cabaran Ular Sawa 2013 ini," kata perkhidmatan berkenaan dalam satu kenyataan. 
Kali pertama ditemui di dalam paya Everglades pada 1979, ular sawa Burma mengambil masa 21 tahun untuk menjadi spesies paling dominan di kawasan itu. 
Reptilia tersebut dipercayai telah dibuang ke dalam paya oleh beberapa pemilik haiwan eksotik. - AFP


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.