Ahad, 9 Disember 2012

Penyanyi Mexico-Amerika Maut Nahas Udara

Penyanyi Jenni Rivera berusia 43 tahun

Pesawat Lear Jet  yang membawa Rivera

Foto yang diambil dalam jet peribadi  Riveria ini mungkin merupakan foto terakhir

Lokasi di mana jet yang membawa Rivera terhempas

Pesawat yang terhempas pada kelajuan tinggi itu telah berkecai.

Keadaan di tempat Learjet terhempas di kawasan Tejote El, Negeri Nuevo Leon, Mexico
Lesen memandu milik Jenni Rivera ditemui berhampiran bangkai pesawat yang nahas

Pesawat dikendalikan oleh seorang juruterbang tidak berpengalaman, berdasarkan sijil yang ditemui di lokasi kemalangan.

MONTERREY: Sebuah pesawat kecil yang membawa bintang Mexico-Amerika, Jenni Rivera terhempas di utara Mexico pada hari ini, menyebabkan semua penumpang terbunuh, sekali gus mengundang kesedihan di kalangan peminat dan rakan selebriti. 
Bangkai pesawat Lear Jet, yang membawa enam penumpang, ditemui oleh petani di negeri Nuevo Leon, beberapa jam selepas berlepas dari Monterrey dalam perjalanan ke Toluca, di tengah-tengah Mexico, kata pihak berkuasa. 
Komunikasi radio dengan pesawat hilang sejurus selepas iaa berlepas jam 3.15 pagi. 
Menteri Pengangkutan, Gerardo Ruiz memberitahu televisyen Milenio, lokasi nahas adalah adegan terburuk dengan tiada seorang penumpang yang terselamat. 
Rivera, 43, penyanyi berasal dari Mexico, popular dengan genre Banda dan Norteno. Album beliau dijual sebanyak 15 juta salinan. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.