Isnin, 17 Disember 2012

Sekitar Pungutan Suara Perlembagaan Baru Mesir

Pegawai sedang membuat kiraan undi di stesen mengundi di Kaherah, tetapi kumpulan hak asasi telah menuntut ulangan pusingan pertama.

Presiden Mesir, Mohammed Morsi membuang undi.

Kawalan keselamatan yang ketat.

Ada pihak yang bimbang perlembagaan akan menyebabkan perpecahan di negara Arab terbesar dunia itu.

Undi sedang dikira di sebuah pusat pengundian di Kaherah.

Sementara itu polis anti rusuhan Mesir mengawal jalan yang menuju ke balai polis di kejiranan Doqqi di Kaherah.

Polis rusuhan Mesir berjalan lalu dekat kereta kebal tentera yang mengawal Istana Presiden di Kaherah.

Penunjuk perasaan sedang melihat-lihat grafiti pada blok simen di hadapan Istana Presiden di Kaherah.

Kawat berduri telah direntangkan di Tahir Square, pusat tumpuan penentangan Mesir.

Polis berjalan lalu dekat kain rentang yang menunjukkan gambar pemimpin Ikhwan Muslimin, Mohamed Badie yang diconteng.

Sekitar 120,000 tentera telah dikerahkan untuk membantu pihak polis melindungi stesen mengundi dan institusi negara.

Sebanyak sepuluh daripada 27 wilayah Mesir mengambil bahagian dalam referendum semalam, manakala selebihnya akan mengambil bahagian minggu depan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.