Sabtu, 19 Januari 2013

AS Hantar F-16 Dan 200 Kereta Kebal Kepada Mesir

Jet pejuang F-16. Foto: warplanes.com

Kereta kebal. Foto: officialsite.my


WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) bercadang menghantar jet F-16 dan 200 kereta kebal ke Mesir pada Isnin ini, walaupun tidak disenangi oleh sejumlah anggota Kongres AS. 
"Kongres tidak mengubah keputusan mengenai penjualan senjata kepada Mesir. Kerajaan AS mendengar semua pendapat yang ada di Kongres," ujar anggota Kongres AS William Taylor. 
Sejak menandantangani perjanjian damai dengan Israel pada 1979, Mesir menerima bantuan ketenteraan dari AS bernilai berbilion-bilion dolar setiap tahun. 
Namun sejak Mesir dipimpin oleh froksi Ikhwanul Muslimin, sejumlah anggota Kongres mendesak Kerajaan AS memotong bantuan kepada Mesir. 
Selain bantuan ketenteraan, Mesir juga menikmati bantuan dana bagi proses peralihan demokrasi selepas kejatuhan Husni Mubarak. Ekonomi Mesir ketika ini menghadapi masalah yang serius.  
Senator John McCain yang melawat Mesir beberapa hari lalu telah bertemu dengan Presiden Mohamed Morsi. Mereka sempat membincangkan komentar Morsi pada 2010 yang menyebut Israel sebagai keturunan kera. 
Komenter Morsi itu dikecam oleh White House dan McCain telah menyuarakan kekecewaannya kepada tokoh politik Ikhwanul Muslimin itu. Bagaimanapun AS akan tetap komited untuk menyalurkan dana kepada Mesir.  
"Ekonomi Mesir masih memerlukan bantuan. Sukar untuk mewujudkan demokrasi jika ramai warga Mesir yang tidak boleh makan," tegas McCain.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.