Jumaat, 11 Januari 2013

Baitulmuqaddis Dilanda Salji

Baitulmuqaddis dilanda salji selepas dua puluh tahun

Salji menutupi bumi Baitul Muqaddis seolah-olah kawasan Alps di Eropah

Polis Palestin ini sedang menghiasi patung salji

Seorang kanak-kanak sedang bermain salji di kawasan tanah perkuburan Yahudi di Gunung Zaitun

Yahudi Orthodok ini sedang duduk di atas salji di kawasan Tembok Ratapan

Penduduk Yahudi Orthodok seronok bermain salji

Penganut Yahudi ini pula terus berdoa di Tembok Ratapan walaupun ribut salji sedang melanda

Manakala penganut Yahudi ini tidak menghiraukan keadaan yang sejuk di Tembok Ratapan.

Penduduk Islam ini sedang solat di luar Masjid al-Aqsa

Beberapa kawasan di bandar Baitul Muqaddis dilitupi salji tebal

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan keluarga turut seronok bermain salji

Pemandangan ribut salji yang menyebabkan suhu sejuk

Salji kali ini turun selepas ianya turun pada tahun 1992 yang lalu

Penduduk Palestin bermain bola salji di luar Masjid al-Aqsa

Pemuda Palestin ini pula tekun menyiapkan patung salji

Manakala pemuda Palestin ini bermain salji tidak jauh dari Masjid al-Aqsa


BAITULMUQADDIS - Ribut salji yang jarang berlaku telah melanda kawasan utara Israel dan melumpuhkan pengangkutan awam di Baitulmuqaddis semalam. 
Ia merupakan ribut salji yang terburuk sejak 20 tahun lalu sekali gus menyebabkan beberapa batang jalan raya dan sekolah terpaksa ditutup. 
Seorang pegawai sebuah agensi bencana di Baitulmuqaddis, Elisha Peleg meminta penduduk tidak keluar ke rumah ekoran ribut salji itu. 
Sebuah stesen radio tentera Israel memberitahu, salji setebal 10 sehingga 15 sentimeter memenuhi Baitulmuqaddis. 
Kawasan pekarangan Masjid Al-Aqsa juga turut dipenuhi dengan salji. 
Di Ramallah, Tebing Barat, Palestin, sejumlah penduduk termasuk kanak-kanak bermain salji. 
Seorang penduduk, Dawla Suleiman, 23, saling membaling bola salji dengan rakan-rakannya. 
"Ini merupakan hari yang indah. Ia merupakan hari untuk bermain dan bergembira (bermain salji)," katanya. 
Seorang penduduk di Kampung Qusra, Tebing Barat, Abdelhamid Qusrawi berkata, salji yang turun itu adalah yang paling lebat pernah dilihatnya. 
"Pada tahun 1991, kami pernah melihat lebih banyak timbunan salji. 
"Bagaimanapun, selepas 10 tahun, hari ini (semalam) kami menyaksikan salji turun dengan lebat ," tambahnya.
Menurutnya, dia suka dengan salji. 
"Saya keluar rumah dan bermain dengan beberapa anak saudara saya," katanya. 
Abdelhamid berkata, dia membaling bola salji ke arah beberapa anak saudaranya. 
Salji juga turun di sempadan Lebanon dengan Israel. 
Di Jordan, pemerintah negara itu, Raja Abdullah II mengarahkan pihak tentera membantu mangsa-mangsa yang terperangkap akibat salji. 
Ribut salji itu turut mengakibatkan bekalan elektrik terputus di Lebanon, Jordan dan Israel. - Agensi / Kosmo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.