Jumaat, 11 Januari 2013

Prototaip HP Nipis Samsung Dipamer Di Las Vegas

Eric Rudder, ketua pegawai strategi teknikal Microsoft, memegang prototaip telefon pintar Windows dengan paparan fleksibel OLED semasa ucaptama Samsung di Pertunjukan Pengguna Alatan Elektronik Antarabangsa di Las Vegas

Eric Rudder, Ketua Pegawai Strategi Teknikal Microsoft menunjukkan telefon bimbit yang mempunyai unit kawalan bersaiz kotak mancis

Telefon ini boleh dilipat untuk disimpan dan boleh dibuka seperti peta jika skrin yang lebih besar diperlukan.

Samsung juga menunjukkan TV melengkung 55 inci pada pertunjukan itu, dipercayai yang pertama di dunia


Las Vegas - Samsung telah menunjukkan telefon mudah alih 'lentur' di Pertunjukan Pengguna Alatan Elektronik Antarabangsa (CES) di Las Vegas pada hari Rabu.

Syarikat elektronik Korea memberikan gambaran tentang peranti berkenaan semasa ucaptama di pertunjukan tersebut. 
Walau bagaimanapun firma itu berkata, peranti yang ditunjukkan dan menggunakan perisian telefon Microsoft itu adalah prototaip sahaja.
Brian Berkeley, ketua Syarikat Samsung Electronics di maklmal San Jose, California, turut menunjukkan prototaip telefon yang terdiri daripada kotak keras bersaiz kotak mancis dengan kertas nipis dan skrin fleksibel berwarna melekat di hujungnya.
Syarikat itu juga menunjukkan konsep video masa depan, dengan peranti bersaiz telefon yang boleh dibuka seperti buku, dengan skrin bersaiz tablet. 
Skrinnya menggunakan diod pemancar cahaya organik, atau OLEDs (Organic Light Emitting Diodes). 
Hanya satu lapisan nipis bahan kimia yang diperlukan untuk menghasilkan skrin berwarna-warni yang cerah. 
Bahan tersebut telah banyak digunakan dalam telefon Samsung bersama skrin kaca. 
Untuk telefon yang boleh dilenturkan ini, Samsung menggunakan bahan kimia bersama plastik nipis dan bukannya kaca.
Skrinnya nampak tidak fleksibel untuk dilipat seperti sehelai kertas, tetapi ia boleh dilenturkan.
Berkeley juga menunjukkan telefon dengan paparan yang tegar, tetapi lentur sekitar tepi peranti, jadi ia boleh menunjukkan mesej masuk walaupun dengan penutup atas skrin utama. 
Bagaimanapun, bahan kimia OLED adalah amat sensitif kepada oksigen, jadi mereka perlu ditutup sepenuhnya dari udara.
Namun Samsung enggan menyatakan bila telefon bimbit itu boleh didapati di pasaran. - Mail Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.