Isnin, 28 Januari 2013

Berlusconi Sokong Dasar Mussolini Dan Hitler

Silvio Berlusconi semasa diwawancara oleh para wartawan.

Berlusconi bersama Presiden Masyarakat Yahudi di Milan ketika pembukaan "Memoriale della Shoa" 

'Memoriale della Shoa' terletak di Platform 21 (Binario 21) laluan landasan bawah tanah


MILAN - Bekas Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi mengeluarkan kenyataan yang mengejutkan berbagai pihak apabila memuji Benito Mussolini kerana menyokong dasar anti-Yahudi Adolf Hitler. 
Pada 1938 sebelum Perang Dunia II, rejim Mussolini menguatkuasakan undang-undang yang bernama "undang-undang perkauman." Di bawah undang-undang tersebut, warga Yahudi Itali dilarang berkecimpung di universiti-universiti dan dalam profesion tertentu. 
Setelah Nazi Jerman memasuki Itali, beribu-ribu Yahudi warga Itali dihantar ke kem kematian. Berlusconi mengulas tindakan Mussolini itu sebagai tepat ketika mengunjungi 'Memoriale della Shoa', tapak peringatan tragedi Holocaust. 
"Sangat sukar untuk menempatkan diri kita pada kedudukan pembuat polisi pada ketika itu. Tentu saja, Kerajaan Itali menjadi khuatir, Jerman akan meraih kemenangan sendiri. Jadi mereka memilih untuk bersekutu dengan Hitler berbanding menentangnya," ujar Berlusconi. 
"Sudah diketahui bahawa penindasan dan undang-undang perkauman yang merugikan Yahudi telah dilaksanakan sebelum perang bermula. Undang-undang itu dilaksanakan oleh rejim fasis," tambahnya. 
Berlusconi juga mengatakan, undang-undang perkauman itu merupakan kesalahan yang terburuk bagi Mussolini. Walaupun begitu, banyak perkara baik yang dilakukan Mussolini. 
Kenyataan Mussolini itu dikecam oleh beberapa orang ahli politik Itali termasuk Rosy Bindi. Menurut Bindi, pujian Berlusconi terhadap Mussolini sama halnya dengan penghinaan terhadap demokrasi Itali. 
Perlembagaan Itali menguatkuasakan peraturan melarang pembelaan terhadap fasisme. Seorang ahli politik Itali, Gianfranco Mascia, berjanji akan mengemukakan dakwaan terhadap Berlusconi berikutan ucapannya itu. 
Beberapa jam kemudian, Berlusconi menyatakan rasa kesalnya. Ahli politik jutawan itu mengaku bahawa dia tidak menjelaskan komentarnya dengan terperinci ketika diwawancara. - Daily Mail

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.