Isnin, 28 Januari 2013

Gadis Dituduh Mencuri Dipukul & Dilucut Pakaian

Sebahagian daripada primes perniagaan di Bandar Baru Batu Kawah

Penduduk tempatan menjaja buah-buahan di kaki lima

Lelaki mati mengejut di hadapan sebuah kedai kopi di Bandar Batu Kawah pada bulan Jun 2012 lalu. Foto: The Borneo Post


KUCHING - Seorang gadis bukan saja dibelasah dengan batang besi, malah gambar separuh bogelnya dirakam pemilik sebuah rumah sewa apabila dituduh mencuri dalam satu kejadian di Bandar Baru Batu Kawah di sini, semalam. 
Perbuatan melampau lelaki berusia lingkungan 30-an itu dikatakan sebagai hukuman dan pengajaran kepada mangsa yang dituduh mencuri barangan dalam rumah sewa berkenaan. 
Mangsa yang berusia 21 tahun dan berasal dari Sibu itu dimalukan lelaki terbabit di depan beberapa lelaki lain termasuk rakan lelaki mangsa sendiri apabila pakaiannya dilucutkan secara paksa sehingga separuh bogel sebelum gambarnya dirakam. 
Menurut sumber, mangsa dikatakan tiba di bandar raya ini dua minggu lalu untuk mencari pekerjaan sebelum bertemu rakan lelakinya yang berusia 20-an di Malihah. 
“Mangsa kemudian ditawarkan pekerjaan di sebuah kedai kopi dekat MJC Batu Kawah dan memutuskan untuk tinggal berhampiran tempat kerjanya dengan menyewa sebuah rumah sewa. 
“Pemilik meminta gadis terbabit membersihkan rumah terlebih dulu sebelum masuk. “Namun, tidak berapa lama kemudian, lelaki itu berang apabila mendapati beberapa barang dalam rumah itu hilang lalu memanggil mangsa. - myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.