Isnin, 21 Januari 2013

Biden Angkat Sumpah Naib Presiden AS Penggal 2

Joe Biden mengangkat sumpah sebagai Naib Presiden AS untuk penggal kedua

Reverend Kevin O'Brien (kanan), memberi rahmat sebelum Joe Biden mengangkat sumpah jawatan

Joe Biden mengangkat sumpah di hadapan Hakim Mahkamah Agung, Sonia Sotomayor

Biden menggunakan Bible milik keluarganya sejak tahun 1893

Selesai mengangkat sumpah, Biden memeluk isterinya, Dr Jill Biden

Hakim Sotomayor minta diri untuk meninggalkan majlis

Biden mencium salah seorang cucunya




WASHINGTON - Hakim Sonia Sotomayor meminta Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden mempercepatkan acara angkat sumpah jawatannya pada hari Ahad waktu tempatan kerana beliau sudah berjanji untuk hadir ke acara perjumpaan dengan fan pada hari yang sama di New York.

Perjumpaan itu bertujuan untuk mempromosikan buku biografi yang ditulis oleh Sotomayor, iaitu hakim mahkamah agung keturunan Hispanik yang pertama dalam sejarah AS.

Jurucakap Mahkamah Agung AS, Kathy Argberg menyatakan, Sotomayor telah membuat temu janji untuk perjumpaan itu lebih awal dan hakim itu tidak tergamak membatalkannya.

Disebabkan permintaan hakim itu, Joe Biden telah mengangkat sumpah jawatan pada jam 8 pagi agar Sotomayor mempunyai masa mengejar tren untuk pergi New York. 
Sotomayor merasa khuatir tertinggal tren ketika acara angkat sumpah jawatan itu tergendala selama 20 minit.

"Hakim hendak meninggalkan majlis dengan segera kerana beliau mempunyai acara lain di New York. Beliau hendak mengejar tren dan saya berharap beliau tidak tertinggal kerana menghadiri acara saya," ujar Biden kepada para tetamu.

Sotomayor akhirnya berjaya sampai ke acara perjumpaan tersebut. Beliau memberikan tanda tangan dan membacakan satu bahagian daripada biografinya yang berjudul "My Beloved World" kepada 200 tetamu yang hadir. - Reuters


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.