Selasa, 22 Januari 2013

Pilihan Raya Israel 2013 Membosankan

Kempen Pilihan Raya Israel. Foto: Guardian

Iklan kempen banyak memaparkan wajah Netanyahu dan  Leberman. Foto: bicom.org.uk

Tzipi Livni, pemimpin parti Hatnuah masih belum mampu menyaingi Netanyahu. Foto: bicom.org.uk



BAITULMAQDIS – Ramai pemerhati melihat pilihan raya Israel kali ini dingin kerana tidak ada saingan yang cukup kuat untuk menandingi populariti Perdana Menteri Benjamin Netanyahu. 
"Calon utama yang akan memenangi pilihan raya Israel adalah pakatan Parti Likud dengan Parti Yisrael Beitenu yang mencalonkan Benjamin Netanyahu. Saya rasa tidak ada parti lain yang boleh menandingi perikatan tersebut," ujar wartawan politik Israel, Lahar Harkov. 
Pilihan raya Israel kali ini juga dianggap membosankan kerana para calon tidak menjadikan isu luar negara seperti Palestin dan Iran sebagai topik utama dalam kempen mereka. Para calon, termasuk Netanyahu lebih fokus berkempen tentang isu domestik dan ekonomi Israel. 
"Sama seperti banyak negara lain di dunia, ketika ini Israel juga mengalami kemelesetan akibat adanya krisis global. Mereka memang masih mebicarakan soal Iran dan Palestin dalam kempen, tetapi fokus utama kempen lebih kepada isu domestik dan ekonomi," lanjut Harkov. 
Anggapan bahawa pilihan raya Israel kali ini membosankan juga dirasakan oleh sebahagian warga Israel. 
"Saya rasa pilihan raya ini tidak akan membuat hidup kita menjadi lebih baik, ini adalah pilihan raya yang sangat membosankan dan hanya membazir wang saja," ujar seorang penduduk di Baitulmaqdis.  
Namun terdapat beberapa hal yang menarik pada pilihan raya kali ini. Diantaranya ialah pengunduran pemimpin parti Yisrael Beitenu, Avigdor Leberman dari kerajaan kerana kes rasuah dan naiknya populariti tokoh kanan berhaluan keras, Nefteli Bennet, yang menolak penubuhan negara Palestin. - SBS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.