Jumaat, 18 Januari 2013

Diambil Tindakan Kerana Layari Laman Lucah

Seramai orang 55 kaki tangan Kerajaan Wales di Ibu Pejabat di Cardiff (gambar) dikenakan hukuman. Foto: Mail Online


CARDIFF - Berpuluh-puluh kakitangan awam kini menghadapi masalah selepas didapati melayari laman sesawang lucah ketika waktu bekerja, lapor media semalam. 
Setakat ini, 55 kakitangan Pejabat Kerajaan Wales disahkan memuat turun gambar serta video lucah di meja masing-masing. Ekoran penemuan itu, pihak berkuasa mengenakan tindakan disiplin ke atas kakitangan terbabit, malah seorang daripada mereka - berjawatan pengurus kanan - diarah bersara kerana menikmati gambar lucah kanak-kanak pada 2008. Dua tahun kemudian, polis dipanggil apabila seorang kakitangan kerajaan didapati melihat gambar lucah ekstrem. 
Media melaporkan, dia juga dipecat kerajaan. Justeru, kerajaan dicadangkan supaya mengharamkan capaian laman sesawang lucah itu dari pejabat kerana ia menghalang kakitangan awam untuk menjalankan tugas mereka. Peguam pekerja, Leanne Thomas, berkata lebih seorang daripada empat pekerja mengaku menonton kandungan lucah di Internet di tempat kerja. “Apabila ia membabitkan kandungan lucah, sesebuah pertubuhan itu seperti berada di atas bom jangka,” katanya. - TS / myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.