Jumaat, 18 Januari 2013

Orang Pertama Dihukum Mati di AS Tahun Ini

Robert Gleason Jr merupakan orang pertama menjalani hukuman mati di AS tahun ini

Robert Gleason Jr akan menjalani hukuman mati di kerusi elektrik ini

Robert Gleason Jr di bawa para petugas masuk ke tempat hukuman

Pusat Tahan Greensville, di mana Robert Gleason Jr menjalani hukuman mati


GREENSVILLE - Seorang lelaki di Virginia, menjadi orang pertama menjalani hukuman mati di Amerika Syarikat (AS) pada tahun 2013. Beliau dijatuhkan hukuman mati kerana mencekik sehingga mati rakannya satu sel di dalam penjara. 
Robert Gleason Jr, dijatuhi hukuman mati pada malam Khamis jam 11.08 waktu tempatan di Pusat Tahanan Greensville, Virginia. Lelaki berusia 42 tahun itu memilih hukuman mati menggunakan kerusi elektrik.  
Di Virginia dan sembilan negeri lain, banduan dibenarkan memilih proses pelaksanaan hukuman mati sama ada melalui suntikan mati atau kerusi elektrik.  
Sebelum itu, Gleason dan peguamnya telah berjuang di mahkamah bagi mengelakkan hukuman mati. Bagaimanapun mahkamah menolak permohonan mereka. 
Namun setelah hukuman mati dijatuhkan kepadanya, Gleason menyatakan kesediaannya menerima akibat daripada segala perbuatannya. Gleason mengaku, dia memang patut dihukum mati. 
Lelaki bertato itu menjelaskan kepada media, dia sedar jika tidak dihukum mati, dia akan terus melakukan pembunuhan. 
Gleason meminta mahkamah agar tidak menunda hukuman terhadapnya. 
"Mengapa menundanya? Hasilnya akan sama saja. Kematian tidak akan mengganggu saya, ini akan tiba. Inilah yang disebut dengan istilah karma," ujar Gleason. 
Gleason mendakwa, dia memang membunuh ramai orang tetapi orang yang dia bunuh adalah para jenayah. 
"Saya tidak mengatakan saya orang baik kerana membunuh para jenayah, namun saya tidak pernah membunuh orang yang tidak bersalah. Saya membunuh orang-orang dengan gaya hidup yang sama dengan saya dan mereka tahu hal ini akan berlaku," tambahnya. 
Sebagai seorang bapa kepada dua orang anak, Gleason mengingatkan anak-anaknya, itulah yang akan terjadi jika mereka mengikuti jejaknya. Gleason berharap, dia akan memberikan contoh yang baik kepada dua orang anak lelakinya. - Associated Press

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.