Selasa, 1 Januari 2013

Filipina Henti Siasat Marcos

Marcos di samping Ronald Reagan. Foto: Telegraph


MANILA - Kerajaan Filipina secara rasmi menghentikan penyiasatan rasuah terhadap bekas presiden yang terkenal korup, Ferdinand Marcos. Marcos memerintah Filipina selama 21 tahun sebelum dijatuhkan pada tahun 1986 melalui gerakan People Power.

Penamatan penyiasatan tersebut disebabkan oleh kekurangan dana akibat polisi penjimatan Presiden Filipina Benigno Aquino. Manakala sebahagian pihak menyebut, penamatan penyiasatan dilakukan kerana keluarga Marcos berjaya kembali meningkatkan pengaruh mereka dalam politik Filipina.

"Sekarang, penyiasatan ini tidak akan menguntungkan rakyat Filipina. Untuk meneruskan penyiasatan, kita memerlukan banyak dana," ujar Andres Bautista, ketua suruhanjaya siasatan rasuah Marcos.

"Selama 26 tahun penyiasatan ini dijalankan, hanya sedikit hasil yang diperolehi. Keadaan menjadi semakin sukar selepas keluarga Marcos kembali berkuasa," tambah Bautista.

Sejak penyiasatan terhadap kes rasuah Marcos dilakukan, belum ada keluaraga ataupun kroni Marcos yang berjaya dimasukkan ke dalam penjara. Kebanyakan mereka mengupah peguam yang berpengaruh di Filipina untuk menghalang proses pengadilan.

Pada masa ini anak lelaki Ferdinand Marcos, Jose Marcos, telah terpilih sebagai anggota Senat Filipina. Beliau juga merancang untuk bertanding dalam pilihan raya presiden yang akan diadakan pada tahun 2016. Manakala isteri Marcos, Imelda ketika ini merupakan ahli Majlis Rendah Filipina.

Suruhanjaya penyiasatan yang dipimpin oleh Bautista juga terlibat dengan skandal. Banyak pihak menuduh anggota suruhanjaya tersebut menyalahgunakan dana yang mereka perolehi. Suruhanjaya itu dianggap kurang cekap mengumpulkan bukti-bukti sehingga banyak kes rasuah yang dilakukan rejim Marcos tidak dapat diajukan ke mahkamah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.