Selasa, 1 Januari 2013

Hillary Clinton Sambut Tahun Baru Di Hospital

Hillary Clinton. Foto: Treehunger


WASHINGTON - Laporan perubatan menyebutkan, penggumpalan darah yang dialami Setiausaha Negara  Amerika Syarikat (AS) Hillary Clinton terletak di bahagian kepala. Walau bagaimanapun, Clinton tidak mengalami kerosakan otak atau stroke.

Doktor yang merawat Clinton menjelaskan, terdapat penggumpalan darah di antara otak dan telinga kanan Clinton. Darah itu tidak dapat mengalir dalam otak Clinton.

Seorang pakar neurologi, Dr. Larry Goldstein berpendapat, setelah Clinton mengalami gegaran otak, darah itu membeku di permukaan otak. Clinton nampaknya akan menghabiskan malam tahun baru di hospital dan tidak dapat menyertai pesta tahun baru.

Anak perempuan Clinton, Chelsea, menjadi orang pertama yang melawat ibunya di Hospital Presbyterian New York. Chelsea kelihatan risau ketika meninggalkan rumah sakit dan enggan bercakap kepada para wartawan yang menunggu di hospital berkenaan.

Sebelum itu, media The National Enquirer melaporkan, Clinton menghidapi kanser otak. Mantan Wanita Pertama AS itu telah menjalani pemeriksaan perubatan untuk mengesahkan penyakit itu.

Namun jurucakap Parti Demokrat AS menepis dakwaan itu. Jurucakap tersebut menegaskan, Clinton sedang menjalani proses penyembuhan setelah terjatuh dan mengalami gegaran otak. - Associated Press

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.