Sabtu, 5 Januari 2013

Gadis Ini Dilarang Gunakan Namanya Sendiri

Blaer Bjarkadottir (kiri) bersama ibunya. Foto: AP


REYKJAVIK - Blaer Bjarkadottir tidak dibenarkan menggunakan namanya dalam dokumen rasmi kerana nama gadis tersebut merupakan nama yang dilarang Kerajaan oleh Iceland.

Akibat larangan itu, nama Bjarkadottir di semua dokumen identitinya hanya ditulis "si gadis". Masalah ini menyebabkan gadis tersebut merasa kecewa kerana terpaksa berulang kali menjelaskan kepada orang lain kenapa namanya tercatat sebagai "si gadis".

Selama ini, penduduk Iceland dikehendaki memberikan nama kepada anak mereka berdasarkan senarai yang disediakan oleh kerajaan, agar ibu bapa tidak memilih nama yang aneh yang akan menyebabkan anak berkenaan menjadi mangsa ejekan.

Blaer sendiri merupakan nama umum yang dimiliki oleh orang Iceland. Bagaimanapun nama tersebut adalah untuk anak laki-laki. Ketika baru dilahirkan, gadis itu dibenarkan menggunakan nama Blaer kerana pendeta yang membaptisnya menghadapi 'kekeliruan'.

Ibu gadis itu, Bjork Eidsdottir, mengaku bahawa beliau tidak mengetahui bahawa nama anak perempuannya itu tidak terdapat dalam senarai nama Iceland.

"Saya tidak tahu nama tersebut tidak ada dalam senarai, saya hanya mengetahuinya setelah pendeta yang membaptis anak saya mengatakan bahawa dia telah keliru kerana mengizinkan nama tersebut digunakan," ujarnya.

Kerajaan Iceland menyediakan senarai 1,712 nama laki-laki dan 1,853 nama perempuan. Beberapa nama yang ditolak antara lain "Satania" kerana dianggap dekat dengan nama syaitan dan "Carolina" kerana huruf "c" tidak ada dalam abjad Iceland.

Walau bagaimanapun, nama asing seperti "Elvis" terdapat dalam senarai dan dibenarkan untuk digunakan. Selain Iceland, Negara Jerman dan Denmark juga diketahui mempunyai senarai nama rasmi yang harus digunakan warganya. - Foxnews.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.