Isnin, 21 Januari 2013

Obama Angkat Sumpah Jawatan Penggal Kedua

Ketua Hakim Negara AS, John Roberts melangkah masuk ke Bilik Biru, White House, tempat upacara angkat sumpah berlangsung

Upacara angkat sumpah hanya dihadiri keluarga terdekat Obama, tetapi terdapat laporan mengatakan saudara-mara yang lain turut hadir tetapi berada di luar Bilik Biru

Obama memilih mengangkat sumpah di atas Bible yang digunakan oleh keluarga isterinya, Michelle untuk beberapa waktu

Majlis angkat sumpah dengan begitu cepat dan diadakan di dalam White House kerana hari Ahad dan majlis rasmi akan diadakan pada hari Isnin

Presiden Obama mengangkat sumpah jawatannya pada Ahad sejurus sebelum tengah hari, rasminya menandakan permulaan penggal kedua

Sejurus selepas mengangkat sumpah, Presiden Obama memeluk isterinya, Michelle

Selepas itu, Presiden Obama memeluk kedua-dua anak perempuannya, Malia dan Sasha

Presiden Obama melambaikan tangan kepada sedikit tetamu yang hadir di majlis tersebut

Selesai upacara angkat sumpah, Presiden dan keluarganya melangkah keluar dengan diikuti oleh Ketua Hakim Negara

Juru kamera dan petugas media White House memerhati dan mencatat sumpah


WASHINGTON: Barack Obama hari ini mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) untuk tempoh perkhidmatan penggal keduanya dalam satu upacara ringkas mengulangi kejayaannya empat tahun lalu menguasai Rumah Putih. 
“Saya, Barack Hussein Obama, bersumpah...” kata Obama dalam upacara ringkas di Bilik Biru Rumah Putih sambil diiringi isterinya, Michelle. 
Sumpah sebagai presiden itu diadakan di hadapan Ketua Hakim Roberts yang membacakan baris ayat sebelum diulangi semula oleh Obama.

Sebaik selesai upacara itu, Obama terus mendakap isteri dan dua anak perempuannya, Malia, 14, dan Sasha, 11. - AFP / Berita Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.