Isnin, 21 Januari 2013

Pentagon Larang Pesawat F-35 Terbang



 Pesawat ini mungkin kurang selamat terbang ketika cuaca buruk


WASHINGTON - Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) atau Pentagon dan Angkatan Tentera Laut AS menghentikan operasi terbang pesawat pejuang F-35 keluaran Lockheed Martin selepas sebuah pesawat jenis tersebut mengalami masalah di Florida semasa sesi latihan.

Menurut sumber dari Pentagon, larangan itu berkuatkuasa terhadap jet F-35 model 25f dan 35B. Manakala model A dan C yang sering digunakan oleh Angkatan Tentera Laut AS tidak terlibat.

Larangan itu dikuatkuasakan berikutan kegagalan tenaga penggerak jet model B untuk mendorong pesawat itu berlepas, sehingga memaksa juruterbang membatalkan untuk berlepas.

Pentagon mengeluarkan laporan setebal 18 halaman untuk memaparkan masalah-masalah yang terdapat pada pesawat tersebut. 
Menurut jurucakap Pratt & Whitney, syarikat yang memasang alat ganti F-35, mereka mendapati garis propulsi yang berasingan di bahagian belakang petak enjin.

"Pasukan kakitangan Pratt & Whitney dan Rolls-Royce mengadakan ujian untuk menyiasat punca insiden ini dengan kerja sama Lockheed Martin dan pegawai program F-35," ujar jurucakap Matt & Whitney Matthew Bates.

Jet F-35 digunakan oleh Kor Marin, Tentera Laut AS dan Tentera Udara AS.

Selain AS, negara-negara yang menggunakan jet tersebut antara lain adalah, Britain, Itali, Belanda, Australia, Kanada, Norway, Denmark, Turki, Israel dan Jepun. - Reuters

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.