Selasa, 22 Januari 2013

Presiden Assad Mulai Ditinggalkan Keluarganya

Bashar bersama ayah, ibunya Anisa Makhluf dan adik-beradiknya. Foto: yalibnan.com

Bushra al-Assad dan suaminya, Jeneral Assef Shawkat yang telah mati terbunuh. Foto: Al Arabiya News

Maher al-Assad, saudara lelaki Bashar yang masih hidup. Foto: Mediapart


DAMSYIK - Ibu kepada Presiden Bashar al-Assad, Anisa Makhluf, dikhabarkan meninggalkan Damsyik untuk menemui anak perempuannya, Bushra al-Assad, yang berada di Dubai.

Bushra telah pergi dari Syria ke Dubai sejak September lalu bersama lima anaknya setelah suaminya, Jeneral Assef Shawkat, terbunuh akibat serangan bom pejuang pembangkang pada 18 Julai tahun lalu.

"Tindakan Anisa Makhluf pergi dari Syria menunjukkan Presiden Assad telah mulai kehilangan sokongan dari ahli keluarganya sendiri," ujar seorang tokoh pembangkang Syria, Ayman Abdel Nour.

Sebelum ini, Presiden Assad dikatakan oleh sebahagian pemerhati sebagai bergantung kepada anggota keluarga terdekatnya untuk menghadapi tentangan pembangkang. Salah seorang daripadanya ialah adik presiden, iaitu Maher al-Assad yang memimpin tentera Syria melawan pejuang pembangkang.

Maher merupakan satu-satunya saudara kandung Presiden Assad yang masih hidup. Saudara Presiden Assad yang lain, Bassel dan Maid al-Assad telah terbunuh dalam konflik yang berlaku sejak Mac 2011.

Selain ditinggalkan anggota keluarganya, Presiden Syria itu juga ditinggalkan oleh kumpulan pengusaha yang mempunyai hubungan rapat dengannya. Para pengusaha tersebut seringkali mendapatkan keuntungan sebelum konflik berlaku. Tetapi kini mereka telah pergi dari Syria untuk menyelamatkan diri. - AAP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.