Sabtu, 12 Januari 2013

Sekitar Himpunan Kebangkitan Rakyat KL12





















KUALA LUMPUR: Himpunan Kebangkitan Rakyat HKR112 melabuhkan tirainya dengan lagu Negaraku dan laungan azan Asar yang berkumandang. 
Sebelum itu, doa dibacakan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Datuk Seri Anwar Ibrahim pula menutup ucapannya dengan mengajak ratusan ribu yang hadir dengan berteriak MERDEKA sebanyak tujuh kali dengan disambut sekelian yang hadir dengan 'RAKYAT'. 
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail pula memimpin bacaan ikrar atau Deklarasi HKR #KL112. 
Deklarasi yang mengandungi lapan perkara itu dibacakan Saifudin dan diulangi oleh sekalian yang hadir termasuk kesemua pemimpin Pakatan yang berada di atas pentas.

Deklarasi itu adalah: 
1) Menuntut pilihan raya yang bersih dan adil. 
2) Menuntut reputasi dan wibawa Felda di selamatkan. 
3) Menuntut supaya Sabah dan Sarawak diberikan layanan adil dan setara dengan Semenanjung.

4) Menuntut 20 peratus royalti minyak dikembalikan kepada negeri pengeluar petroleum. 
5) Mengiktiraf dan meningkat profesionalisme kakitangan awam. 
6) Menuntut alam sekitar yang bersih dan sihat. 
7) Menuntut agar Bahasa Kebangsaan dimartabatkan dan Bahasa Inggeris dipertingkatkan. 
8) Menuntut pembebasan tahanan politik. 
9) Menuntut agar kampung2 tradisi dan tempat-tempat warisan dipelihara, dilindungi dan dipertahankan. 
10) Menuntut kehidupan yang lebih baik untuk wanita sebagaimana termaktub di dalam Agenda Wanita Malaysia. - Harakahdaily

Berapa Jumlah Sebenar Peserta HKR




Pakar Matametik terkenal, Prof. Dr. Shahrir Md. Zain dilaporkan turut membuat anggaran berhubung jumlah hadirin yang menyertai jalanan aman dari pelbagai lokasi di ibunegara ke Stadium Merdeka petang semalam.

Memetik status di laman sosial Facebook, bekas professor dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu dilaporkan membuat anggaran, sekurang-kuranya 700,000 rakyat menyertai himpunan aman tersebut.

"Kalau berjalan 20 orang melebar sepanjang 1 Kilometer (Km), jumlahnya 100,000 ribu. 

"Andaiannya adalah 10,000 kaki sama dengan 1 Kilometer, seseorang memerlukan dua kaki persegi untuk bergerak dengan selesa. 

"Jadi, lebar jalan 40 kaki dan 5,000 orang boleh memanjang jalan. Lalu, 5,000 (orang) X 20 (orang) adalah 100,000 (orang per Kilometer).

"Pertanyaan saya, berapa Kilometerkah seluruh manusia datang HKR?" tanya Shahrir.

Shahrir dilaporkan berkata, sekurang-kuranya 7 Kilometer jika dilihat dari sisi pandang atas.

Shahrir berkata, "Jawapannya, 700,000 (orang)."

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asst. Comm. Zainuddin Ahmad dilaporkan memberitahu pemberita, dianggarkan 10,000 peserta berhimpun di luar stadium, manakala, selebihnya bersesak dalam stadium berkenaan.

"Kami jangkakan terdapat lebih kurang 40,000 orang...di antara 40,000 (hadirin) dan 45,000 (hadirin)," kata beliau menerusi Buletin TV3 dan TV1.

Manakala, Twitter rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula sebelum pada itu membuat anggaran, 80,000 orang hadir. - PenangInsight


Berapakah Jumlah Kutipan Derma HKR


Sebahagian daripada kutipan derma HKR sedang dikira. Foto: Blog Anak Sungai Derhaka

Jumlahnya:

Sumber: Blog Anak Sungai Derhaka


Mat Sabu: Terima Kasih Rakyat Malaysia


Haji Mohamad Sabu. Foto: AntaraPos.Com


Sekretariat Himpunan Kebangkitan Rakyat mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada rakyat Malaysia yang telah sama-sama melakar sejarah pada 12 Januari 2013 lalu. 
Pengerusinya, Mohamad Sabu berkata perhimpunan tersebut, yang menurutnya dihadiri 500,000 perserta adalah bukti apa yang diperjuangkan selama ini oleh Pakatan Rakyat, "iaitu rakyat perlu diberikan peluang berhimpun secara aman dan bebas menyatakan pendapat."

Katanya, sekretariat itu juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan Himpunan ini terutamanya anggota keselamatan dari PDRM, pengurusan Stadium Merdeka, pasukan Unit Amal serta para pimpinan NGO dan parti politik.

"Kami juga menghargai kesabaran orang ramai yang terpaksa menghadapi kesesakan jalan raya pada hari tersebut," katanya. 
Beliau juga memaklumkan bahawa kutipan dari orang ramai pada hari tersebut adalah berjumlah RM268,802.10.
"Jumlah ini akan digunakan bagi menampung perbelanjaan Himpunan Kebangkitan Rakyat yang telah dianjurkan di seluruh negara baru-baru ini. 
"Sokongan dari orang ramai sangat mengharukan dan menjadi peniup semangat untuk Pakatan Rakyat terus berusaha memperbaiki sistem negara tercinta ini yang telah dirosakkan oleh pemerintahan BN," katanya. 
Katanya, usaha tersebut tentunya memerlukan sokongan dan dokongan berterusan dari orang ramai terutama menjelang Pilihanraya Umum ke 13 akan datang.

Oleh itu, beliau merayu orang ramai agar terus menghulurkan sumbangan akaun Tabung Impian Rakyat Malaysia. - Malaysiakini


Ambiga: Sebab #KL112 Aman



Ambiga. Foto: Sinar Harian


SHAH ALAM – Kejayaan Himpunan Kebangkitan Rakyat Sabtu lalu antara lain kerana sikap polis yang jauh lebih baik berbanding masa-masa lalu, dan bukannya keberkesanan Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 seperti didakwa beberapa pihak. 
Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk S Ambiga berkata, akta itu telah pun berkuat kuasa semasa Himpunan Bersih 3.0 yang diadakan April lalu, namun masih terdapat masalah. 
“Perbezaan utama kali ini memang disebabkan oleh sikap polis itu sendiri dan saya mengucapkan tahniah kepada mereka. 
“Tidak syak lagi, akta ini turut membantu untuk mengubah minda polis dan menjadi yang baik. Malah, tanpa kehadiran Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), tiada meriam air dalam Himpunan #KL112 turut membantu kelancaran himpunan itu,” katanya kepada Sinar Harian Online. 
Ambiga mengetuai Himpunan Bersih 2.0 pada Julai 2011 dan Himpunan Bersih 3.0 April 2012. 
Isnin lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kejayaan Himpunan #KL112 menjadi testimoni kepada keberkesanan penguatkuasaan APA 2012 dan beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pihak pembangkang bahawa ia merupakan satu bukti semua pihak tidak kira pihak berkuasa mahu pun penganjur mematuhi peruntukan serta semangat akta itu. 
"Pendek kata, apa yang berlaku menunjukkan bahawa islah dan pembaharuan kepada apa yang kita lakukan adalah tepat sekali. 
"Terima kasih kepada pembangkang walaupun saya tak bersetuju dengan mereka, kerana telah menghormati semangat akta itu," kata Najib dalam komen pertamanya selepas #KL112. 
Mengulas perkara sama, Ambiga menambah, walaupun negara mempunyai undang-undang, namun bagaimana cara pelaksanaan undang-undang itu yang akan menunjukkan perbezaannya. 
Peguam itu menambah, rakyat yang merupakan peserta himpunan tersebut selayaknya menerima kredit atas kejayaan tanpa sebarang kejadian tidak diingini. 
“Perkara inilah yang sering kita katakan sebelum ini. Tetapi kita jangan sesekali lupa, lebih 900 kanister gas pemedih mata telah ditembak pada rakyat dan meriam air dalam Bersih 3.0. 
“Perbezaannya di antara Bersih adalah FRU tidak dibawa ke dalam Himpunan #KL112,” katanya lagi. 
Malah tambah Ambiga, beliau turut tidak bersetuju dengan akta itu kerana ia melarang protes jalanan. 
“Jangan lupa terdapat lain-lain perhimpunan aman oleh Himpunan Hijau dan Pemuda Umno. Kesemua himpunan itu bermula aman sebelum pihak polis datang menghalang," katanya. 
Sementara itu, ketika diminta mengulas dakwaan yang mengatakan kejayaan Himpunan #KL112 disebabkan namanya 'Himpunan Aman' dan bukannya Bersih, Ambiga tidak bersetuju dengan tanggapan sedemikian. 
Tegas beliau, “perhimpunan Bersih sentiasa satu perhimpunan yang aman sehingga pihak polis yang memulakan tindakan ganas." - Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.