Jumaat, 22 Februari 2013

Britain Enggan Pulangkan Berlian India

Mahkota Ibu Ratu British

Berlian Koh-I-Noor

Ratu Elizabeth (kemudian dikenali sebagai Ibu Ratu) memakai mahkota berkenaan semasa pertabalan King George VI. Foto: telegraph

Mahkota berkenaan juga pernah dipakai oleh Ratu Elizabeth sekarang

Mahkota yang dipasangkan berlian 105 karat itu kini dipamerkan di muzium. Foto: orderofsplendor


AMRITSAR - Perdana Menteri Britain David Cameron menegaskan, negaranya tidak akan mengembalikan berlian yang dipasang pada mahkota Ratu British kepada India. Sebelum itu, berlian tersebut dirampas oleh Kerajaan British pada zaman kolonial. 
Berlian yang diberi nama Koh-I-Noor itu dipasang pada mahkota milik Ibu Ratu Kerajaan British. Namun berlian 105 karat itu kini dipamerkan di muzium agar dapat dilihat oleh orang awam. 
"Saya tidak setuju mengembalikan berlian itu kepada India. Saya fikir hal tersebut bukanlah perkara yang bijak, "ujar Cameron sedang melakukan lawatan rasmi ke India. 
"Yang penting kami menjaga berlian itu dengan baik agar dapat dilihat oleh warga di seluruh dunia," lanjut Cameron. 
Keinginan India untuk mendapatkan kembali Koh-I-Noor telah muncul sejak sekian lama. Tokoh spiritual India, Mahatma Ghandi, pernah memohon pihak British mengembalikan berlian itu sebagai tanda rasa kesal  terhadap tindakan penjajahan yang mereka lakukan terhadap India. 
Ketika Ratu Elizabeth melawat India pada tahun 1997, ramai penduduk India melakukan protes menuntut dikembalikan Koh-i-Noor. Berlian itu berada dalam simpanan Kerajaan Britain sejak zaman Ratu Victoria yang berkuasa pada tahun 1850-an. 
India bukanlah satu-satunya negara yang menuntut barang antiknya dikembalikan oleh British. Greek juga pernah meminta British mengembalikan pahatan kuno Marmer Eldrin yang dirampas oleh seorang bangsawan British dua abad yang lalu. - Reuters

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.