Jumaat, 22 Februari 2013

Calon Pope Dari AS Terlibat Skandal

Kardinal Timothy Dolan, disebut-sebut sebagai calon Pope dari AS. Foto: cathnewsusa

Kardinal Timothy Dolan seorang yang periang. Foto: theblackberryalarmclock

Kardinal Timothy Dolan bersama Pope Benidect XVI. Foto: newsday

Kardinal Seán Patrick O'Malley, seorang lagi calon Pope dari AS. Foto: bostoncatholic


WASHINGTON - Nama Kardinal Timothy Dolan disebut-sebut sebagai calon Pemimpin Gereja Katolik dari Amerika Syarikat (AS). Bagaimanapun lelaki tersebut menghadapi tuduhan skandal seks yang menjerat Gereja Katolik Rom di AS. 
Lelaki yang memimpin Persidangan Biskop Katolik AS itu merupakan seorang ketua agama yang cukup disukai. Kardinal Dolan juga dikenali dengan sikapnya yang periang. Namun begitu, Dolan dijangka bertanggung jawab terhadap berleluasanya isu gangguan seksual yang muncul di beberapa gereja. 
Uskup Agung New York itu menghadapi beberapa soalan dari peguam-peguam di New York mengenai isu gangguan seksual terhadap kanak-kanak di Milwaukee yang dilakukan oleh para uskup agung di Milwaukee. Manakala Dolan sendiri memegang jawatan Uskup Agung Milwaukee pada tahun 2002 hingga 2009. 
Para peguam turut menuduh Dolan berdiam diri dan mengelak dari tuduhan-tuduhan tersebut. Terdapat sebanyak 575 dakwaan daripada mangsa terhadap para pemuka agama itu. 
Walaupun sering disebut-sebut sebagai calon Pope dari Negara Uncle Sam, akhbar National Catholic Reporter menyatakan hal yang berbeza. Akhbar itu berkata, calon Pope terkuat dari AS adalah Uskup Agung Boston, Kardinal Seán Patrick O'Malley. 
O'Malley yang berusia 68 tahun itu dianggap mempunyai reputasi yang jauh lebih baik dan mempunyai sifat merendah diri. Lelaki itu juga gemar berpakaian secara sederhana. 
Kardinal O'Malley fasih berbahasa Sepanyol dan banyak melakukan kebajikan semasa bertugas di Amerika Latin dan Caribbean yang menjadi asas Agama Kristian Katolik di Amerika. O'Malley juga bijaksana, akrab berinteraksi dengan media dan aktif dalam bidang sosial. - Daily Mail

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.