Jumaat, 22 Februari 2013

Doktor Pakar Maut Kemalangan Ngeri

Beginilah keadaan kereta yang menyebabkan Dr  Thillainathan maut di Hulu Selangor semalam.

Pemandangan di tempat kemalangan. Foto: ondscene

Keadaan di tempat duduk pemandu. Foto: ondscene

Keadaan di bahagian belakang kenderaan sebelah kanan. Foto: ondscene

Mayat berjaya dikeluarkan dari kenderaan. Foto: ondscene


HULU SELANGOR – Seorang doktor pakar sakit puan yang baru dilantik sebagai Ketua Jabatan Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Slim River pada Januari lalu terkorban dalam kemalangan ngeri di Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara berhampiran susur ke Bukit Tagar semalam. 

Kejadian pukul 8 pagi itu mengakibatkan S. Thillainathan, 51, dari Petaling Jaya dan merupakan Pengerusi Persatuan Doktor Kerajaan maut di tempat kemalangan akibat cedera parah di beberapa bahagian badan selepas tersepit dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Unser yang dipandunya. 

Jurucakap polis berkata, sebelum tragedi itu, MPV yang dipandu mangsa di lorong tengah dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik. - Kosmo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.