Khamis, 21 Februari 2013

Wajah Kartunis Penghina Nabi Muhamad

Wajah Lars Vilks, si penghina Nabi. Foto: realisten

Vilks menyalahgunakan prinsip demokrasi untuk menghina kepercayaan orang lain. Foto: csmonitor

Polis Sweden menangkap individu yang mengancam Lars Vilks pada tahun 2010. Foto: realcourage

Lars Vilks diserang semasa di Universiti Uppsala pada tahun 2012. Foto: cavatus.wordpress

Agak pelik, begitu banyak perkara lain yang boleh dilukis, namun Lars Vilks memilih untuk menghina Nabi. Foto: avpixlat.info


STOCKHOLM - Seorang kartunis Sweden mengaku sedang menghasilkan lukisan baru yang menunjukkan peribadi Nabi Muhammad. Kartunis tersebut akan mempamerkan lukisan berkenaan pada tahun ini. 
"Penting bagi saya untuk meneruskan (melukis kartun Nabi Muhamad). Kerana, jika anda berhenti hanya kerana ancaman maka prinsip demokrasi sudah ditinggalkan," ujar kartunis Lars Vilks. 
Sebelum ini, Vilks mendapat ancaman bunuh selepas beliau mempamerkan lukisan karikatur menghina Nabi Muhamad. Karya tersebut disiarkan dalam Akhbar Nerikes Allehanda pada 2007. 
Kini, dalam pameran terbaru yang dirancang diadakan di Malmoe, Vilks sekali lagi akan menunjukkan penghinaan terhadap Nabi Muhamad. Karya terbaru Vilks akan digabungkan dengan karya pelukis ternama seperti Claude Monet, Peter Paul Rubens dan Anders Zorn. 
"Belum boleh dijangkakan pameran Julai nanti akan mencetuskan protes dan ancaman. Sepatutnya hal (ancaman) ini harus dihentikan," kata Vilks. 
Pihak berkuasa Sweden perlu bekerja keras menjaga keamanan di Malmoe. Bandar ketiga terbesar di Sweden ini, dipenuhi oleh pendatang asing dan ramai daripada mereka adalah penduduk yang beragama Islam. Kira-kira 100 ribu penduduk dikenalpasti mempunyai latar belakang Islam di bandar Malmoe. 
Ancaman terhadap Vilks bukan perkara baru. Pada 2009 lalu, seorang wanita Amerika Syarikat (AS) mengancam akan membunuh Vilks kerana lukisannya menghina Nabi Muhammad. Wanita yang menyebut dirinya "Jihad Jane" itu, kini sedang meringkuk dalam penjara. 
Sementara tiga orang yang lain di Sweden juga telah ditangkap kerana mengancam hendak membunuh Vilks. Bagaimanapun ketiga-tiganya dibebaskan pada Januari lalu dan didenda kerana memiliki senjata. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.