Jumaat, 22 Februari 2013

Kerjaya Wanita Muslim Akhir Zaman?

Wanita-wanita ini telah didenda oleh Mahkamah Tinggi Syariah kerana bekerja sebagai GRO. Foto: myMetro

Di antara wanita ini, ada yang telah berusia hampir 50 tahun. Foto: myMetro


KUALA LUMPUR - “Saya anggap ini sebagai satu kerosakan akhir zaman. Saya kesal kerana kamu semua jadikan pusat (karaoke) sebagai tempat kerja bagi ibu tunggal sedangkan banyak lagi tempat lain kamu boleh cari rezeki halal.” 
Demikian teguran Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Abdul Walid Abu Hassan sebelum menjatuhkan didenda RM2,800 setiap seorang atau penjara 40 hari ke atas sembilan ibu tunggal, semalam. 
Mereka dikenakan hukuman itu selepas semuanya mengaku bersalah atas tuduhan mengingkari fatwa mufti dengan bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di sebuah pusat karaoke, Jun tahun lalu. 
“Saya harap kamu semua bertaubat dan menjadi seorang yang lebih baik satu hari nanti,” kata Abd Walid lagi. 
Mereka terbabit ialah Erni Juita Ismail, 47; Siti Farahdilla Azua Kasim, 26; Rita Yakir, 29; Rabihah Ahmad, 37; Nor Azilah Isa, 38; Eparizan Abdullah, 30; Noriza Mohd Nor, 35; Zaiton Zainal, 42, dan Rosnita Mawardi, 35. - myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.