Sabtu, 16 Februari 2013

Rahsia Operasi Mossad Hampir Terdedah

Trevor Bormann. Foto: twitter.com

Ben Zygier. Foto: guardian

Pasport Australia (kanan) dan pasport Israel

Pusat tahanan Israel. Foto: guardian



SYDNEY - Ketua agensi perisikan Israel panik dan cuba menyembunyikan kisah tahanan dua kerakyatan bagi menyekatnya daripada membocorkan maklumat rahsia. 
Wartawan Australia, Trevor Bormann merujuk kepada ‘Tahanan X’ yang dikenal pasti media sebagai ejen Mossad berketurunan Australia-Israel, Ben Zygier. 
Lelaki itu meninggal dunia pada Disember 2010 ketika dalam bilik penjara Ayalon dekat Tel Aviv. 
Israel berusaha keras menyembunyikannya sehingga ia dibongkar minggu ini. 
Zygier dilaporkan bersedia mendedahkan maklumat mengenai operasi Mossad termasuk tindakan menyalah guna pasport Australia oleh ejennya dalam pembunuhan seorang pemimpin Hamas di Dubai tiga tahun lalu. 
Bormann yang membongkar kisah itu Selasa lalu, berkata perkhidmatan risikan Israel sedar berita itu akan disiarkannya. 
“Sumber beritahu saya bahawa Mossad akan cuba mengehadkan penyiaran berita itu bersama perkhidmatan keselamatan dalam negeri,” kata Bormann. 
“Mereka percaya, media perdana Israel mungkin tidak mematuhi arahan mahkamah dan tugas utama bagi penapis adalah menghentikan kerja blogger yang akan memaparkan kaitan kepada cerita kami. Ia tidak berjaya,” katanya di laman web majikannya, Perbadanan Penyiaran Australia. - AFP / Berita Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.