Khamis, 28 Mac 2013

Kapal Tentera Laut AS Di Laut Sulu Dipotong

 Kapal USS Guardian terkandas di terumbu karang Laut Sulu sejak bulan Januari

Kapal USS Guardian terpaksa dileraikan kerana jika ia ditarik, terumbu karang warisan dunia tempat ia terkandas akan rosak

Dek tingkat kedua kapal penyapu ranjau USS Guardian yang sudah dipotong dipindahkan ke sebuah kapal Tentera Laut AS

Kapal USS Guardian dipotong kepada tiga bahagian sebelum dipindahkan ke sebuah kapal

Operasi meleraikan USS Guardian telah ditunda sekurang-kurangnya empat kali disebabkan oleh keadaan cuaca yang buruk

Cat fibreglass ditanggalkan sebelum kapal dipotong

Bahagian hadapan kapal sedang diangkat oleh kren

Kapal penyapu ranjau berharga US$ 277 juta ini ditamatkan perkhidmatan selepas tiga bulan terkandas di Terumbu Tubbataha.

Berita mengenai kapal ini pernah disiar di Khabarkini pada 23.1.2013


MANILA - Badan depan sebuah kapal pembersih periuk api milik tentera Amerika Syarikat (AS), USS Guardian dipotong selepas ia terperangkap di Terumbu Tubbataha di Laut Sulu, lapor akhbar Philippine Daily Inquirer semalam. 
Jurucakap Pasukan Pengawal Pantai Filipina, Leftenan Komander Armand Balilo berkata, sebuah pasukan berjaya melakukan operasi tersebut. 
Badan kapal yang dipotong itu diletakkan di dalam sebuah tongkang kelmarin. 
Menurutnya, pasukan penyelamat akan melakukan operasi memotong baki bahagian badan kapal itu. 
Operasi memotong bahagian kapal sepanjang 68 meter itu bermula sejak 22 Februari lalu. 
Bagaimanapun, operasi memotong itu terpaksa ditangguhkan kerana cuaca buruk. 
Operasi memotong kapal itu dilakukan dengan menggunakan sebuah kren di atas sebuah kapal lain. 
Kapal itu terkandas pada 17 Januari lalu selepas ia tersilap memasuki kawasan terumbu karang. - Agensi / Kosmo!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.