Jumaat, 22 Mac 2013

Sah Penceroboh Sulu Guna 'Ilmu Kebal'

Tentera Sulu yang terbunuh ini memakai 'tangkal kebal' di pinggang

Salah satu tangkal kebal 'tentera Sulu'

Jika 'tentera Sulu' guna tangkal kebal, ini tentera Malaysia datang guna kereta kebal. Foto: perigitimur.blogspot

Kereta kebal 'Adnan' akan menggempur 'tentera Sulu' di hutan Lahad Datu. Foto: melayublues.blogspot

LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh pesisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, tetapi berdasarkan tanda-tanda yang ditemui pada mayat pengganas itu, mereka menggunakan ilmu kebatinan berunsur syirik. 
Menurut sumber pasukan keselamatan, terdapat pengganas mati ditembak memakai tangkal dan ada tatu ayat al-Quran di badan. 
“Mereka mungkin kebal dengan peluru tetapi tidak setiap masa. Malah jika kulit mereka tidak lut namun letupan mortar mampu membunuh mereka. Peliknya, pengamal ilmu batin ini, mayat pengganas cepat busuk dan dihurungi ulat dalam tempoh sejam. Jika manusia biasa ulat akan hurungi mayat itu jika dibiar lebih daripada dua atau tiga hari,” katanya. 
Pegawai Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) Sabah, Mejar Anuar Mat Zin berkata, Islam melarang guna ilmu kebatinan yang boleh sekutukan ALLAH kerana ia lari daripada landasan agama. 
Beliau berkata, perbuatan itu boleh merosakkan akidah, sekali gus menjadikan perjuangan mereka adalah perbuatan sia-sia. 
Pengganas yang didakwa guna ilmu batin untuk kebal turut pakai tangkal dan kad ramal hari, iaitu ilmu Kutika dipelajari daripada buku Tajul Muluk dan ia disahkan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. 
“Itu mungkin kepercayaan mereka,” katanya kepada pemberita kelmarin. - Bernama



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.