Selasa, 26 Mac 2013

Tak Mampu Tanam Mayat Ibu Sebab Menganggur

Di Jerman, mereka yang tidak mampu membayar upacara pengebumian boleh memohon bantuan daripada kerajaan. Foto: mailonline

Malangnya wanita berkenaan tidak tahu dia boleh mendapat bantuan daripada kerajaan. Foto: mailonline


MUNICH - Seorang wanita yang kesedihan tidur bersebelahan mayat ibunya selama lapan bulan di flet satu bilik kediaman mereka kerana tidak mampu mengebumikannya. 
Kisah mengejutkan itu terbongkar selepas seorang pegawai dihantar ke rumah berkenaan di Munich untuk menuntut hutang pesara berusia 70 tahun itu. 
Dia menemui mayat reput wanita itu di atas katil. 
Menyedihkan lagi apabila anak perempuannya yang hidup dengan bergantung kepada bantuan kerana menganggur tidak menyedari dia mungkin ditangkap kerana tidak mengebumikan ibunya, kata polis. 
Di Jerman, mereka yang tidak mampu membayar upacara pengebumian boleh memohon bantuan sebanyak 3,200 euro (RM12,834) daripada kerajaan untuk menampung kos itu. 
Wanita berusia 39 tahun itu dimasukkan ke pusat psikiatrik atas permintaannya. 
Polis mula menyiasat sama ada dia menuntut wang pencen ibunya kerana menyimpan mayat ibunya di rumah. 
Warga emas terbabit meninggal Julai tahun lalu dan meninggalkan anak perempuannya dengan jumlah hutang yang banyak. Kerana tidak mampu menerima hakikat kematian ibunya dan beban hutang ditanggung, dia merahsiakan kematian wanita tua itu. - Agensi / myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.