Selasa, 26 Mac 2013

Tentera Laut AS Kata Kapal Induk Tak Lagi Sesuai

Kapal induk USS George Washington. Foto: romadistabat

Kapal induk USS Ronald Reagan. Foto: imej google

Kapal induk USS Abraham Lincoln. Foto: imej google

Kapal indul USS Nimitz. Foto: imej google

Sebuah kapal pemusnah milik TLDM, KD Lekiu. Foto: bigdogdotcom


WASHINGTON - Terdapat cadangan agar angkatan tentera Amerika Syarikat (AS) menghentikan operasi kapal induk yang mereka miliki kerana kapal induk dianggap sudah ketinggalan zaman dan menelan perbelanjaan yang besar.

"Sejak muncul seabad yang lalu, peranan strategik kapal induk kini semakin kurang berkesan," ujar Kapten Henry J. Hendrix. 
"Kapal Induk tidak akan selamat berhadapan serangan peluru berpandu jarak jauh yang canggih dan lebih tepat sasaran," lanjut pegawai Tentera Laut AS itu. 
Kapal induk juga dianggap menelan banyak dana tentera AS. Setiap hari, Pentagon membelanjakan sejumlah US$6.5 juta  untuk kos operasi kapal induk. 
Sebagai gantinya, Hendrix mencadangkan tentera laut AS menukar kapal induk dengan armada kapal pemusnah. Kapal pemusnah dianggap mempunyai peranan strategik yang lebih baik dan hanya memerlukan kos operasi yang kecil. 
Sebelum ini, kapal induk menjadi simbol pencapaian tentera AS, bahkan terdapat undang-undang yang menetapkan tentera AS memiliki sekurang-kurangnya 11 buah kapal induk. 
Di kalangan tentera AS sendiri cadangan untuk menghentikan operasi kapal induk masih menjadi kontroversi. Banyak pihak yang menganggap kapal induk masih mempunyai peranan yang penting dalam operasi ketenteraan AS. 
"Melalui kapal induk, tentera kita mampu melakukan operasi ketenteraan tanpa perlu membuat pangkalan di darat. Mereka boleh menyerang suatu wilayah dan kemudian pergi," ujar Naib Laksamana Pete Daly yang pernah memimpin Kapal Induk USS Nimitz. - AFP


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.