Selasa, 12 Mac 2013

'Tentera Sulu' Guna Tangkal Kebal Tak Mujarab

Bukti tangkal tak mujarab, penceroboh berjaya ditembak mati. Foto: takmungkinbenar.com


Lagi penceroboh terbunuh sebab tidak kebal. Foto: facebook

Penceroboh ini juga tidak kebal. Foto: pisau.net

Hasil penggunaan tangkal yang tidak mujarab. Foto: newshub.my

Jika beginilah cara mereka berjuang melawan Sepanyol, Amerika dan Jepun dulu, bolehkah dikira mati syahid? Foto: kurakura.my

Tangkal ini dikatakan dililitkan ditubuh 'tentera Sulu'. Foto: albanjariconline V2


LAHAD DATU - Hajat menggunung kumpulan pengganas Sulu untuk menakluk Sabah bukan sahaja mendorong mereka menceroboh Kampung Tanduo di sini menggunakan senjata api dan senjata tajam malah, turut menggunakan tangkal kononnya untuk membuatkan diri kebal daripada ditembak. 
Lebih teruk apabila mereka yang mengaku beragama Islam dipercayai mengamalkan ajaran sesat dan ilmu hitam sebagai pendinding diri untuk merealisasikan angan-angan 'Mat Jenin' untuk merampas wilayah berdaulat milik Malaysia itu. 
Sejak melakukan pencerobohan pada 12 Februari lalu, mereka percaya dapat menawan sebahagian besar Pantai Timur Sabah selepas begitu yakin dengan ilmu dan tangkal yang tertulis ayat-ayat khurafat untuk membolehkan diri masing-masing tidak lut ditembusi peluru. 
Namun, nasib tidak menyebelahi kebanyakan pengganas apabila mereka tetap mati di hujung senjata canggih pasukan keselamatan Malaysia. 
Sebagai bukti, pasukan keselamatan yang memeriksa mayat dan peralatan yang dibawa pengganas menemui beberapa objek pelik seperti tangkal termasuk kain hijau tertulis ayat-ayat tertentu di kubu persembunyian kumpulan itu. - Kosmo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.