Rabu, 24 April 2013

Gaya Jabat Tangan Bill Gates Dikritik Di Korea Selatan

Bill Gates bersalaman dengan Presiden Korea Selatan Park Geun-hye dengan tangan kirinya di dalam poket

Istana Presiden tidak mengulas mengenai isu jabat tangan

Namun beberapa akhbar Korea Selatan membangkitkan isu jabat tangan dan mengkritiknya sebagai tidak hormat kepada Presiden

Pengasas Microsoft ini melawat Korea Selatan untuk memberikan syarahan 

SEOUL - Media Korea Selatan mengkritik gaya santai pengasas Microsoft, Bill Gates, ketika bersalam dengan Presiden Park Guen-Hye dengan sebelah tangannya dalam poket. 
Gambar pertemuan antara Gates dan Park kelmarin disiarkan di muka depan kebanyakan akhbar kebangsaan negara itu. 
Ada akhbar membuat suntingan dengan tidak menunjukkan tangan Gates dalam poket meskipun ada yang menyiarkannya. 
Perbezaan budaya atau perbuatan tidak hormat? tanya akhbar JoongAng Ilbo. 
Bersalaman tanpa hormat? Bersalaman santai? soal akhbar Dong-A Ilbo. 
Masyarakat Confucius Korea Selatan mementingkan hiraki iaitu etika dilihat amat penting kerana membabitkan maruah negara. 
Ketika kerajaan Korea Selatan enggan mengulas, rangkaian halaman sosial dihujani dengan pelbagai pendapat umum. 
Walaupun disifatkan sebagai perbezaan budaya, ia perbuatan tidak manis bagi acara tertentu. Bagaimana beliau boleh meletakkan tangannya ke dalam poket ketika bertemu dengan pemimpin negara ini? tweet seorang dikenali @msryu67. 
Beberapa portal berita menyiarkan montaj Gates bersalaman dengan pemimpin dunia lain, yang menunjukkan beliau mempunyai beberapa cara ketika pertemuan tidak rasmi. 
Pada satu pertemuan 2008 dengan pemimpin sebelum Park, Lee Myung-Bak, Gates juga memasukkan sebelah tangannya ke dalam poket walaupun sekeping gambar 2001 dengan presiden ketika itu, Kim Dae-Jung lebih bersikap penuh hormat apabila bersalaman dengan kedua tangannya. 
Gates lelaki kasual yang tidak terikat adat resam, jadi beliau bersalaman dengan cara itu walaupun bertemu ketua pertubuhan antarabangsa atau tokoh politik terkemuka, lapor Dong-A Ilbo. AGENSI / Berita Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.