Rabu, 24 April 2013

Suspek Letupan Bom Marathon Boston Didakwa

West Clinical Center, tempat Dzhokhar Tsarnaev dirawat dan didakwa dikawal rapi oleh pihak polis

Sebelum itu, pihak polis berjaya menembak dan menangkap Dzhokhar Tsarnaev

Dzhokhar Tsarnaev (kiri) dan abangnya, Tamerlan Tsarnaev (kanan) dilihat dilokasi letupan bom Marathon Boston

Tamerlan Tsarnaev, abang kepada Dzhokhar Tsarnaev telah ditembak mati oleh pihak polis

Dzhokhar Tsarnaev kini disoal siasat dan didakwa dengan pertuduhan yang membawa kepada hukuman mati

Penduduk Boston mengerumuni anggota polis untuk mengucapkan tahniah

Orang awam mengucapkan terima kasih atas usaha pihak polis melindungi keselamatan mereka



BOSTON - Dua beradik yang disyaki mengebom acara Maraton Boston di sini dipercayai mempunyai motif agama tetapi mereka tiada kaitan dengan kumpulan pengganas Islam, kata pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) kelmarin. 
Kenyataan itu dikeluarkan selepas Dzhokhar Tsarnaev disoal siasat dan didakwa dengan pertuduhan yang membawa kepada hukuman mati. 
Dzhokhar, 19, menjawab soalan-soalan yang diajukan kepadanya secara bertulis. 
Dia didakwa di bilik hospitalnya ekoran mengalami kecederaan serius di leher akibat terkena tembakan ketika cuba melarikan diri. 
Abangnya, Tamerlan, 26, mati pada Jumaat lalu dalam kejadian tembak-menembak dengan polis. 
Dzhokhar didakwa kerana menggunakan dan berkomplot untuk menggunakan senjata pemusnah. 
Dia dan abangnya didakwa meletupkan dua bom periuk tekanan berisi bebola besi serta paku dalam serangan seminggu lalu yang menyebabkan tiga orang terbunuh manakala lebih 200 lagi cedera. 
Adik-beradik itu yang berketurunan Chechen dari Rusia telah menetap di AS sejak sedekad lalu. Pemuda tersebut memiliki kerakyatan AS dan tidak boleh didakwa di bawah tribunal tentera seperti pengganas asing yang ditahan sebelum ini. Dia sebaliknya akan didakwa di mahkamah persekutuan AS. 
Juga semalam, Kementerian Hal Ehwal Kazakhstan mengeluarkan kenyataan dua warga asing yang ditahan di sini pada Sabtu lepas dipercayai mengenali kedua-dua suspek tersebut. 
Mereka ditahan kerana melanggar undang-undang imigresen AS. - AP / Kosmo!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.