Khamis, 18 April 2013

Lelaki Hantar Surat Beracun Kepada Obama Ditangkap

Paul Kevin Curtis, 45, ditahan FBI kerana menghantar surat mengandungi racun toksid kepada Presiden Obama. Foto: everyjoe

Di media sosial, Paul Kevin Curtis mendakwa dia adalah seorang artis dari Tupelo, Missisissippi. Foto: everyjoe

OXFORD (Mississippi) - Seorang lelaki dari Mississippi ditahan selepas disyaki menghantar surat mengandungi racun toksid kepada Presiden Barack Obama dan beberapa pemimpin Amerika Syarikat (AS). 
Ejen Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Daniel McMullen, berkata lelaki berkenaan ditahan semalam dan dikenali sebagai Paul Kevin Curtis, 45. 
Pihak berkuasa dilaporkan masih menunggu ujian makmal terhadap surat yang dihantar kepada Obama dan Senator Mississippi, Roger Wicker. 
Kebimbangan terhadap penghantaran surat seperti itu semakin meningkat sususlan kejadian letupan bom ketika acara Maraton Boston, kelmarin. 
Dua surat berkenaan didapati mempunyai cop pos dari Memphis, Tennessee yang didapati AP daripada buletin perisikan FBI. - AP / Berita Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.