Jumaat, 19 April 2013

Pelancong Terperangkap Di Bawah Loceng Besar

Skru yang mengikat loceng di kuil di Linzi ini longgar menyebabkan ia jatuh ke lantai dan memerangkap Lin Wang

Anggota bomba berusaha selama dua jam untuk melepaskan Lin Wang yang terperangkap di bawahnya

Loceng ini jatuh apabila rakan Lin Wang membunyikannya dengan kuat

Petugas kuil berkata, loceng ini sudah terlalu lama dan perlu diguna dengan berhati-hati.

Anggota bomba mengangkat loceng ini dengan mengguna forklif sebelum dapat mengeluarkan Lin Wang


SHANDONG - Seorang pelancong terperangkap di bawah sebuah loceng gangsa yang besar selepas loceng berkenaan terjatuh ke lantai kuil. 
Lin Wang berdiri di bawah loceng besar itu yang digunakan untuk memanggil sami Buddha melakukan upacara keagamaan, apabila rakannya membunyikan loceng itu dengan kuat di kuil di Linzi, wilayah Shandong. 
Tindakan itu menyebabkan skru yang mengikat loceng berkenaan longgar lalu jatuh ke lantai, memerangkap Lin. Bomba menghabiskan masa selama dua jam untuk mengangkat loceng itu dengan mengguna forklif sebelum dapat mengeluarkan lelaki itu. 
“Loceng ini sudah terlalu lama dan perlu diguna dengan berhati-hati. Ia jatuh ke atas lelaki itu seperti satu perangkap. Loceng ini amat berat dan mujur dia tidak mati dihempap,” kata jurucakap kuil. 
Pegawai keselamatan berkata, skru yang mengikat loceng itu longgar akibat digoncang terlalu kuat. - Daily Mail

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.